BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembilan pelajar Unimap nyaris maut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
ARAU - Dua parah dan tujuh cedera selepas kereta dinaiki penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terlibat kemalangan di simpang Kuari Bukit Mas Jalan Kuala Perlis-Changloon, di sini, semalam.

Kesemua penuntut yang menaiki dua kereta itu dalam perjalanan ke Kampus Tetap Pauh Putra.

Menurut saksi yang juga rakan mangsa, kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku apabila sebuah lori yang baru keluar dari kuari menukar laluan secara tiba-tiba ke bahagian kanan jalan menyebabkan rakannya yang memandu kereta Perodua Axia gagal mengelak lalu melanggar belakang lori.

"Mujur empat rakan saya sempat keluar sebelum kereta ini terbakar 10 minit kemudian.

"Manakala, sebuah lagi kereta Perodua Viva yang berada di belakang kereta Axia sempat mengelak dari melanggar dua kenderaan ini namun terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya.

Katanya yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Kejuruteraan Elektrik, dia dan beberapa rakan lain yang turut melalui jalan itu segera menyelamatkan rakan-rakan yang terlibat kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, dua penumpang di bahagian hadapan dan belakang kereta Perodua Axia mengalami kecederaan serius di kepala dan dada.

"Manakala tujuh yang lain hanya cedera ringan di bahagian kepala dan pergelangan tangan, pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
 
malang sbnrnya berbau...cuma ianya tidak diendahkan...
 
Last edited:
mungkin budak'2 tu pun bawak lajuu.. lori tu pun main kotor tukar lane tak bgi signal.. entah'2 drebar tu dah nampak bebudak tu bawak mcm palesit tapi dia dengan hati kering rilek ja potong teruih lane kanan sbb kononnya rasa kebal kot bawak lori.. mencicit lah bebudak tu nak brake..sekadar imaginasi aku je ni..
 
ini ke yg pic tgn putus tue
 
Back
Top
Log in Register