BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembilan (9) Cedera Di Rempuh Kereta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
09.09.2018 - Kuala Lumpur, "Saya dengar dentuman kuat menyebabkan saya berlari ke arah mereka," kata saksi kejadian kemalangan di perhentian bas di Jalan 5/1 Sepah Puteri Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, sembilan lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 20-an hingga 40-an dan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun cedera selepas kereta terbabas dan melanggar bas di lokasi kejadian.

Menurut saksi yang juga pemilik kedai makan berhampiran, Bahari Sitam, 58, ketika kejadian, dia melihat bas Rapid KL berhenti di perhentian berkenaan sebelum kereta itu dilihat melanggar bas dan beberapa individu warga Bangladesh yang berada di lokasi.

"Selepas mendengar dentuman kuat, saya terus berlari ke arah kereta itu. Saya melihat ada dua daripada mangsa terperosok di bawah kenderaan terbabit.

"Saya dengan bantuan beberapa individu lain mengeluarkan mangsa yang terperosok sebelum mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Petaling Jaya, hari ini.

Bahari berkata, ketika kejadian, semua mangsa sedang beratur untuk menaiki bas berkenaan yang sudah berhenti.

"Difahamkan ada saksi yang melihat pemandu kereta itu menggunakan telefon bimbit sebelum kejadian. Dia dilihat menggunakan telefon bimbit sejak dari simpang menuju ke lokasi berkenaan.

"Rakan mangsa warga Bangladesh memaklumkan, mereka sepatutnya pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli barangan bagi dibawa balik ke kampung halaman. Mereka (mangsa) dikatakan akan balik ke Bangladesh, malam esok," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki terbabit gagal mengelak bas Rapid KL yang berhenti di perhentian berkenaan untuk mengambil penumpang.

"Tindakan pemandu terbabit mengelak bas berkenaan menyebabkan kereta itu masuk ke kaki lima dan melanggar sembilan lelaki warga Bangladesh yang sedang beratur menaiki bas.

"Kemalangan itu menyebabkan bas berkenaan rosak di bahagian belakang akibat pelanggaran," katanya dalam satu kenyataan di Petaling Jaya, hari ini.

Azman berkata, semua mangsa yang cedera termasuk pemandu kereta itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Tiga daripada sembilan lelaki warga Bangladesh yang terbabit dalam kemalangan itu cedera parah.

"Difahamkan pemandu terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

HQ080918MD004_1536399669.jpg


0HLTiX.jpg


0HLcI8.jpg


0HLekx.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/375406/update-9-lelaki-bangladesh-yang-dilanggar
 
Last edited:
kesian bangla x jadi nak beli ole2
 
Takziah kepada Mangsa yang cedera, harap pihak bertanggungjawab dapat membantu kebajikan mangsa dan dapat membantu dan meringankan urusan mereka terutama #Insan warga Bangladeh

Dan pemandu terbabit perlu dihukum sebaik, seadil dan sewajarnya terutama jika lalai sehingga menjadi punca penyebab berlakunya kemalangan.
 
malam esok nak balik, harini kena langar.. kesian pulak.. anak haram dok main phone
 
Ni kalau tanya kat driver tu, tobat tak mengaku drive sambil guna handphone.
 
Back
Top
Log in Register