balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
AMPANG: Berpura-pura mengenali pemilik rumah dan bersembang hampir 15 minit sebelum menyamun. Itulah taktik terbaru digunakan tiga lelaki untuk masuk ke dalam rumah mangsa dan menyamun.
Difahamkan, tiga lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikatakan akan melakukan ‘penyelidikan’ terlebih dulu mengenai latar belakang pemilik rumah sebelum berpura-pura mengenali mangsa.
Menurut sumber, dalam kejadian terbaru di Pandan Jaya, di sini, kelmarin, sepasang suami isteri berusia lewat 50-an melalui detik cemas apabila mulut mereka ditekap manakala kedua-dua tangan mereka diikat sebelum lelaki terbabit melarikan pelbagai barangan berharga dan wang tunai lebih RM10,000.
“Kejadian bermula kira-kira jam 1 tengah hari apabila tiga lelaki menghampiri mangsa yang sedang mengemas di halaman rumah.
“Mereka menegur mangsa dan berpura-pura mengenali keluarga mangsa dengan bertanya beberapa soalan menyebabkan mangsa berfikir mungkin kenalan anak mereka yang tiada di rumah kerana keluar bekerja,” katanya.
Menurutnya, mereka dikatakan berbual mesra dengan mangsa kira-kira 15 minit sebelum memberitahu mahu beredar.
“Namun, lain pula yang berlaku apabila mereka menyerang mangsa dengan menolak mereka masuk ke dalam rumah dan mengikat kedua-dua tangan dan menekup mulut mangsa dengan kain.
“Mereka memberi amaran supaya berdiam jika tidak mahu dicederakan sebelum masuk ke dalam bilik dan melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai lebih RM10,000,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang diikat tidak berdaya membuka ikatan dan hanya diselamatkan sebaik anak mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 4 petang.
Berikutan kejadian itu, anak mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sembangpenyamun/Article/index_html