BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

semakin tak enjoy layan youtube

kirana

Fun Poster
Messages
647
Joined
Mar 17, 2007
Messages
647
Reaction score
115
Points
33
Teknologi internet sekarang byk berubah..kalau dulu org nak tgk video pun sangkut2 dan berjimat data internet tapi skrg semua berlumba2 nak upload video dlm youtube..

kena lagi pulak dengan masyarakat melayu kita suka sgt dengan hiburan2 gossip2 lagilah bercambah uploader2 youtube ni sampaikan mostly trending youtube benda yg sama je cuma edit dr lain2 uploader semata2 untuk lariskan channel masing2..

kalau saya personally jadi pening jugak dgn perkembangan macam ni sebab jadi menyusahkan untuk saya dptkan sumber asal video tu..sebab biasanya video yg dah diedit hanya tunjukkan part2 yang best je semata2 utk naikkan rating channel tu..saya lagi suka tonton keseluruhan isi video supaya boleh paham dan paling penting dapat bagi kredit pada pemilik asal video tu..

dlm cg pun saya perasan ramai kawan2 kita tak perasan yg dorang byk upload video yg diciplak dari channel asal..tapi saya paham dorang pun tak atau apa2..hrpnya satu hari nanti cg boleh buat satu rule khas utk masukkan video youtube ke macam mana :)cgrock

macam mana korang pulak?ke korang ok je tak semak langsung dgn hal ni :-?:-?:-?
 
yaa..

aku semak gak..

tapi nak buat camne, channel tu dah popular, video dari uploader asal tenggelam sebab populariti channel ciplak tu..
 
yaa..

aku semak gak..

tapi nak buat camne, channel tu dah popular, video dari uploader asal tenggelam sebab populariti channel ciplak tu..

betul tu bro..selalunya jadi macam tu

populariti channel ciplak tu biasanya yg dah popular dan diserlahkan lagi dengan video yang diedit part menarik terus hits mencanak naik..
asalnya channel semacam ni jadi fames pun sebab selalu upload kisah2 artis hasil edit dari channel2 akhbar
 
TT nak tegur pasal copyright ke?

copyright satu hal bro..itu je owner asal dah boleh report..
selalunya owner susah nak detect sebab youtube pun takde sediakan lagi teknologi yang boleh detect video owner yang dah reupload balik..

lebih2 lagi kalau video tu diedit balik mmg susah owner nak detect :)

saya bukak thread ni sbg pengguna memang rasa main tak enjoy dah jadinya
 
Last edited:
copyright satu hal bro..itu je owner asal dah boleh report..
selalunya owner susah nak detect sebab youtube pun takde sediakan lagi teknologi yang boleh detect video owner yang dah reupload balik..

lebih2 lagi kalau video tu diedit balik mmg susah owner nak detect :)

saya bukak thread ni sbg pengguna memang rasa main tak enjoy dah jadinya

Betul. Aku kalau cari lagu dalam YouTube memang akan cuba cari channel rasmi.

Cuma kalau video lain (cth video viral ape ape) susah nak carik source asal.
 
Klau keje syarikat penerbitan mesti susah
Sbb kene cari source asal video
Utk high quality dan credit
Contoh penerbitan tv atau berita yg nak mention viral2 ni
Ke ada budak practikal boleh dikerahkan tenaga hehe
 
lagi jahanam geng2 yang curi video orang especially video2 review gadget pastu upload balik
 
lagi jahanam geng2 yang curi video orang especially video2 review gadget pastu upload balik

inilah bahananya bila google sorang je dominasi pengiklanan internet..
semua web yang dia rasa boleh kacau periuk nasi dia dah beli siap2 dan bangunkan teknologi kaw2

yang lain hanya boleh cucuk angin je itupun jauh kebelakang..
lepas ni for sure banyak lagi strategi google untuk naikkan hasil iklan dengan idea2 baru utk setiap web2 dia

kita yg end user biasa2 ni just boleh follow je setiap inovasi yg diorang reka
sebab kebanyakannya menghiburkan dan memudahkan kita gak akhirnya
 
Memang byk pun , buka video sama je
 
Back
Top
Log in Register