BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakin ramai isteri 'angkat kaki'

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Ramai isteri 'angkat kaki'

Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin
A view of the sea
WANITA bertindak nekad mahu segera letak titik noktah dalam perkahwinan seperti sudah menjadi trend baharu kebelakangan ini.
SEMAKIN ramai isteri yang berani memfailkan perceraian di mahkamah.

Bahkan ada segelintirnya membuat keputusan itu tanpa perbincangan dengan suami terlebih dahulu.

Tindakan nekad itu kerana mahu segera meletakkan titik noktah dalam perkahwinan yang mungkin dianggap sudah tidak bahagia.

Pakar kaunseling keluarga, Hushim Salleh berkata, perkara itu seperti sudah menjadi trend baharu kebelakangan ini dan boleh dikatakan mengendalikan kes berkenaan setiap hari (isteri minta cerai).

Menurutnya, ramai wanita datang ke klinik kaunselingnya menceritakan masalah rumah tangga yang mereka hadapi berpunca daripada masalah kewangan, tiada persefahaman dan masalah hubungan seksual.

"Banyak faktor yang menyumbang kepada wanita minta cerai dan kemungkinan wanita pada masa kini mempunyai kerjaya, boleh berdikari dan 'survive' diri tanpa bergantung dengan lelaki.

"Ini mendorong mereka mahu mengambil tindakan sedemikian (cerai) kerana enggan meneruskan perkahwinan toksik yang memberikan tekanan mental dan emosi," katanya.

Beliau berkata, ada yang baru setahun usia perkahwinan, tetapi isteri sudah minta cerai kerana mempunyai masalah kewangan.

"Manakala isteri minta cerai pada usia perkahwinan 10 hingga 14 tahun kerana mereka sudah letih mental dan fizikal mengharungi rumah tangga yang tidak membahagiakan.

"Ramai juga yang datang mengadu mengatakan suami tidak memberikan nafkah zahir (wang) sejak 10 tahun perkahwinan kerana alasan isteri bekerja dan mempunyai gaji.


"Keadaan ini membuatkan isteri memendam rasa tidak puas hati dalam tempoh lama dan akhirnya mengambil tindakan minta fasakh," katanya.

Katanya, sebagai kaunselor keluarga tentunya akan memberikan nasihat dan meminta mereka supaya tidak bercerai.

"Namun, mereka tetap dengan pendirian mahu bercerai, maka saya tidak boleh menghalang keputusan mereka.

"Kebanyakan suami yang saya temui enggan menceraikan isteri mereka.

"Jadi, dalam sesi kaunseling, suami diberikan peluang mengubah diri selepas mendengar luahan isteri.

"Jika selepas dua bulan menjalani sesi kaunseling, suami berubah ke arah lebih baik, maka perceraian tidak berlaku dan begitu sebaliknya," katanya.

Hushim berkata, suami tidak mahu bercerai sekiranya isteri mempunyai gaji yang ada kalanya lebih tinggi daripada suami.

"Pada masa kini, kebanyakan isteri menjadi sumber pendapatan suami untuk membantu membayar komitmen rumah tangga.

"Mungkin ada yang marah dengan pendedahan ini kerana apa yang dikatakan adalah berdasarkan kepada kes saya dikendalikan.

"Faktor lain isteri minta cerai kerana suami curang berulang kali, berpoligami secara senyap dan 98 peratus wanita mengakui tidak boleh menerima tindakan suami berkahwin lain," katanya.

Beliau berkata, untuk mengelakkan isteri minta cerai, suami hendaklah memainkan peranan sebaiknya sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab, setia, memberi nafkah bulanan, kasih sayang dan fokus keluarga.

Katanya, jika trend isteri minta cerai berterusan menyebabkan kadar perceraian meningkat tinggi.

"Ini akan memberi kesan trauma kepada anak-anak ketika zaman kanak-kanak mereka.

"Sebab itu sekarang berlaku banyak masalah sosial dalam masyarakat daripada keluarga yang bercerai," katanya.

Jelasnya, ini kerana anak-anak tidak mempunyai bapa sebagai suri teladan sepanjang mereka membesar.

"Ibu terpaksa mengambil peranan bapa, jadi kesannya tidak bagus daripada segi akidah, sosial, akademik, ekonomi dan kemenjadian anak itu.

"Apa yang saya cakap ini adalah berdasarkan kes rumah tangga dikendalikan lebih 20 tahun lalu," katanya.

Disiarkan pada: October 2, 2024 @ 7:01am
 
org dulu keje sawah, membanting tulang siang malam, buat rumah bancuh simen

bahagia je besarkan anak 8-10 org

zaman skng nie lemau sgt
 
hmmm yang dah kawin nak cerai dan jadi single.

Aku yang single ni nak kawin.

Takde ke yg nak tolong aku.

Wanita yg tak materialistik dan tak pandang kealiman diriku.

Surah2 pendek bole la aku baca.

Jeng keras sungguh kalau minta aku hafal surah yassin.

Lek2 suda la. Benda bole belajar bila dah kawin.

Eh terlepas.
 
Back
Top
Log in Register