BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakin dikenali, Iskandar Ismail sedia tinggalkan Singapura

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
Iskandar-Ismail-2.jpeg

ISKANDAR bersedia meninggalkan Kota Singa untuk membina kerjaya di Malaysia.

"Semakin dikenali, Iskandar Ismail sedia tinggalkan Singapura" SHAH ALAM – Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Iskandar Ismail, 47, mengakui sedia berhijrah ke Malaysia untuk membina kerjaya di sini.

Menurut Iskandar, memang menjadi impiannya sejak sekian lama untuk mengembangkan karier nyanyian di Malaysia seperti artis Singapura yang lain.

“Kalau ada peluang memang saya nak berhijrah ke sini. Saya akan mengambil langkah perlahan-lahan. Sudah ada beberapa projek, insya-Allah saya akan ulang-alik.

“Saya memang sudah bersedia untuk tinggalkan Singapura. Saya ingin masuk pasaran muzik Malaysia.

“Saya pun dah kenal artis-artis di sini, mereka memberikan kata-kata semangat yang cukup hebat. Jadi kalau ada peluang keemasan saya akan ambil,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Iskandar lagi, dia juga sudah bersedia untuk membawa keluarganya menetap di Malaysia sekiranya satu hari nanti berpeluang bekerja tetap di sini.

Ditanya adakah dia sudah bersedia berdepan komen netizen yang mungkin kurang senang dengan perancangan berhijrah ke Malaysia, kata Iskandar dia percaya dengan rezeki Allah.

“Saya tak kisah. Bagi saya rezeki Allah yang tentukan. Tak kisahlah di Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei, kita semua cakap bahasa Melayu.

“Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adi Putra juga berada di Malaysia. Kalau ada rezeki saya di Malaysia, saya akan bekerja kuat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, finalis GV12 itu akan berentap merebut gelaran juara Ahad ini. Dia bakal menyampaikan dua lagu iaitu Madah Berhelah dan Senja Nan Merah duet bersama Jaclyn Victor. – KOSMO! ONLINE

==============================

Alaa, Iskandar ni, asal berpeluang je terus nak lompat-lompat sempadan. Tapi yelah, kat sini peluang lebih besar. Rindu lah nanti post kat IG dari Singapura. Malas2 aku nak stalk nanti 🙄.

 
Back
Top
Log in Register