TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,648
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,648
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
APPLE telah memulakan perkhidmatan peta mereka sendiri sejak beberapa tahun yang lepas dan telah menambah sedikit demi sedikit fungsi padanya
Salah satu fungsi yang disediakan pada Apple Maps adalah kebolehan melihat kemas kini trafik masa-nyata – tetapi ia tidak boleh diakses pengguna tempatan, sehinggalah ke hari ini
Terkini, Apple telah pun memperkenalkan sokongan paparan data trafik jalan raya untuk pengguna tempatan
Melaluinya, Apple menggunakan tanda berbentuk titik berturutan dalam warna jingga atau merah, memperlihatkan kesesakan pada jalan-jalan yang ditandakan
Sokongan ini diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia dan Singapura
Sekiranya anda aktif menggunakan Apple Maps, mungkin boleh menyemak fungsi ini dan menggunakannya dalam merancang perjalanan anda