BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Semak dulu maklumat viral'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA BHARU - Rakyat perlu bertindak rasional dan tidak mudah mempercayai sebaran maklumat viral berhubung pimpinan kerajaan yang belum pasti sahih.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Ismail Omar berkata, sejak akhir-akhir ini laman sosial termasuk WhatsApp, Telegram dan Facebook sering menjadi rujukan dan ada pihak yang sukan mengambil kesempatan mengutuk dan menyelar pemimpin melalui medium itu.

“Kita perlu pilih mana berita yang sahih dan berita yang tidak betul kerana sebaran laporan terbabit boleh mengundang fitnah jika berita itu palsu.

“Jadi periksalah dahulu berita yang diterima sebelum disebar kepada orang lain memandangkan ia boleh membawa kesan yang besar kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2 kali ke-21 di sini, semalam.

Hadir sama Guru Besar sekolah terbabit, Patmah Mahmood.

Ismail berkata, walaupun Malaysia menghadapi pelbagai isu dan krisis termasuk ekonomi, namun rakyat masih hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

“Oleh itu, kita perlulah bermuhasabah diri dan tidak hanya mengikut kata hati, jika pun ada yang kita tidak setuju dengan pimpinan kerajaan janganlah reka berita dan sebarkan perkara yang tidak betul,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/semak-dulu-maklumat-viral-1.502276
 
block jer la, mudah dan efektif. Buat buih mulut jer.. Hehehe.
 
Back
Top
Log in Register