BTC USD 81,929.8 Gold USD 4,080.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semaikan rasa cinta negara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Dr. MUSA AHMAD (barisan depan, tujuh dari kanan) bersama sebahagian daripada kakitangan serta para pelajar USIM mengibarkan Jalur Gemilang dalam majlis perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 peringkat USIM di Dewan Kuliah 3, USIM, Seremban, semalam. Utusan/ Abd. Razak Aid​

SEREMBAN 20 Ogos - Generasi muda di negara ini perlu menyemai dan menghargai nilai dan nikmat kemerdekaaan yang dikecapi selama ini dan perkara itu tidak mungkin akan dapat dikekalkan tanpa perpaduan dan toleransi antara kaum.

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu menyambutnya dengan rasa syukur biarpun pelbagai ujian dan rintangan dihadapi negara ketika ini.

Katanya, rakyat terutamanya generasi muda perlu menghargai sumbangan serta pengorbanan yang dilakukan oleh perjuang-pejuang terdahulu untuk memastikan mereka menikmati kemakmuran dan keamanan negara ketika ini.

"Sepanjang tempoh kemerdekaan negara, kita telah mengantikan kebimbangan dengan harapan, kita telah mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras.

"Pokok pangkalnya kita telah mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa hadapan yang lebih baik," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 peringkat USIM di Dewan Kuliah 3 di sini hari ini.

Jelas Musa, kejayaan yang dinikmati ketika ini adalah hasil daripada perancangan teliti dan berkesan oleh pihak kerajaan namun ia bukanlah alasan untuk rakyat untuk terus berpeluk tubuh.

Tambahnya, ia seharusnya dijadikan sebagai penanda aras dan pemangkin bagi memastikan Malaysia terus menjadi contoh bagi golongan muda negara pada masa akan datang.

"Segala usaha akan menjadi sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh segmen masyarakat di negara ini. Justeru marilah kita menjulang citra Malaysia dengan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya.

"Semarakkanlah Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini dengan semangat yang kental didada. Moga-moga Allah memberi perlindungan dan melimpahkan rahmatnya," katanya.

Program yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos depan menyajikan pelbagai program antaranya Bicara Bulan Kebangsaan, Bengkel Penulisan Lirik Patriotik, Perhimpunan Khas Bulan Kemerdekaan, Pameran Kemerdekaan dan wayang pacak serta Majlis Bacaan Yassin dan doa selamat.
 
Back
Top
Log in Register