BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seleweng eNTRI di China, Beruk pun boleh mohon

welcam beruk2 makyeh dr mainlen to ourlen
 
jadahnya..dah 2 tahun

dah la negara China

kalau jepun ke, jerman ke yg masuk negara kita ok gak
 
Alhamdulillah pembawa2 beruk ini telah tumbang. Semoga salahlaku mereka dihukum
 
Bekas menteri akan didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri kanan akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.


Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro, bekas menteri terbabit akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Beliau akan dipanggil terlebih dahulu ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi merekodkan kenyataannya. Kita akan beri notis kepada beliau untuk hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, untuk pertuduhan kes berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pertuduhan dilakukan di dua mahkamah iaitu Mahkamah Jalan Duta dan Mahkamah Shah Alam kerana perbuatan itu berlaku di dua lokasi berkenaan.

“Siasatan mendapati, bekas menteri itu menerima sejumlah wang sogokan daripada sebuah syarikat yang digunakannya untuk tujuan peribadi,” katanya.

Tambahnya, pegawai daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bersekongkol juga dituduh berkait kes berkenaan dalam masa terdekat.

“Fasa kedua, pegawai JIM yang terbabit dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya.

Untuk rekod, syarikat berkenaan adalah syarikat yang diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2016 bagi mengendalikan Sistem Visa Luar Negara (VLN) atas talian termasuk eNTRI dan eVISA untuk pelancong China yang ingin datang ke Malaysia.

Penyelewengan membabitkan syarikat terbabit mula didedahkan Harian Metro melalui laporan eksklusif bertajuk ‘Beruk Boleh Mohon’ pada 14 November 2018 yang mana wartawan akhbar ini ke Guangzhou, China bagi melihat operasi dilakukan syarikat terbabit.

Laporan itu mendedahkan, sejak eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, syarikat itu sudah mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang namun tapisan keselamatan dilakukan amat lemah sehinggakan kelulusan diberikan kepada seekor beruk yang diberikan identiti palsu.

Syarikat itu juga diberi hak memungut fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun menjadi hasil kerajaan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/468032/dakwa-bekas-menteri
 
Zahid akan didakwa esok

D94t2e-UIAEl0FX.png


PUTRAJAYA: Pejabat Peguam Negara mengizinkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.


SPRM dalam kenyataaan hari ini berkata, Ahmad Zahid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Khamis ini mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Ahmad Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah itu mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.

“SPRM juga sudah menahan Ahmad Zahid pada jam 10 pagi semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

“Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Ahmad Zahid hadir ke SPRM bagi memberi keterangan berkaitan kes sebuah syarikat swasta mengendalikan urusan kemasukan pelancong dari China untuk kegunaan peribadi.

Beliau tiba pada kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dan dilaporkan meninggalkan pekarangan SPRM kira-kira tiga jam kemudian.

Kelmarin, media melaporkan, menteri kanan kerajaan terdahulu akan dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi merekodkan kenyataannya sebelum dituduh di mahkamah pada Selasa.

Berdasarkan laporan itu, syarikat berkenaan diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2016 bagi mengendalikan Sistem Visa Luar Negara (VLN) secara dalam talian termasuk eNTRI dan eVISA untuk pelancong China yang ingin datang ke Malaysia.

Penyelewengan membabitkan syarikat terbabit mula didedahkan Harian Metro melalui laporan eksklusif bertajuk ‘Beruk Boleh Mohon’ pada 14 November 2018 dengan wartawan akhbar itu ke Guangzhou, China bagi melihat operasi dilakukan syarikat terbabit.

Laporan itu mendedahkan, sejak eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, syarikat itu sudah mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang, namun tapisan keselamatan dilakukan amat lemah sehinggakan kelulusan diberikan kepada seekor beruk yang diberikan identiti palsu.

Syarikat itu juga diberi hak memungut fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun menjadi hasil kerajaan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/577872/ahmad-zahid-didakwa-lagi-esok-lusa
 
Zahid berdepan 40 tuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan sekurang-kurangnya 40 tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.


Sumber memberitahu Harian Metro, Ahmad Zahid berdepan tujuh tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini manakala baki tuduhan akan dilakukan di Mahkamah Seksyen Shah Alam, esok.

“Pertuduhan dilakukan kerana Ahmad Zahid didakwa menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan wang sogokan daripada syarikat swasta yang diberi hak eksklusif membawa masuk pelancong China ke Malaysia,” kata sumber itu.

Menurutnya, selain Ahmad Zahid, beberapa pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga akan didakwa kerana menerima wang sogokan daripada syarikat sama.

“Pendakwaan pegawai (JIM) akan berlangsung dalam masa terdekat. Kita selesaikan dulu kes Ahmad Zahid,” katanya tanpa menjelaskan jumlah wang sogokan diterima beliau.

“Biar proses mahkamah mendedahkannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suruhanjaya itu sudah mendapat keizinan daripada Pejabat Peguam Negara bagi melakukan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta SPRM 2009 dan Seskyen 165, Kanun Keseksaan.

“Ahmad Zahid yang hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, jam 10 pagi semalam (kelmarin) turut ditahan sebelum beliau dibebaskan dengan jaminan.

“Kehadiran beliau bagi melengkapkan siasatan akhir kes rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN). Ahmad Zahid akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis,” katanya.

Untuk rekod, penyelewengan membabitkan syarikat terbabit yang berkait langsung dengan Ahmad Zahid didedahkan Harian Metro melalui laporan eksklusif bertajuk Beruk Boleh Mohon pada 14 November 2018 dan wartawan akhbar ini ke Guangzhou, China bagi melihat operasi dilakukan syarikat terbabit.

Laporan itu mendedahkan syarikat swasta yang diberi hak ekskusif mengendalikan kemasukan pelancong China ke Malaysia tidak melaksanakan tanggungjawab dalam melakukan tapisan keselamatan.

Cubaan wartawan memberikan identiti palsu kepada seekor beruk juga diluluskan pengendali sistem berkenaan kurang lima minit selepas pembayaran dibuat.

Laporan itu mendedahkan sejak eNTRI diperkenalkan Mac 2016 hingga September 2018, syarikat itu mengutip lebih RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/469158/zahid-kena-40-tuduhan
 
Cina-cina di Malaysia ni berasal dari berukkah (Teori Darwin)?
 
Back
Top
Log in Register