ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuala Lumpur: Aktiviti lumba kuda di negara ini dihentikan serta-merta sehingga satu tempoh ditetapkan susulan penularan penyakit equine influenza (EI) atau flu kuda.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) Dr Kamarudin Md Isa berkata, larangan turut membabitkan pemindahan, eksport serta import kuda dan tindakan undang-undang boleh dikenakan jika ingkar.
Beliau berkata, itu sebahagian langkah dilakukan pihaknya yang bekerjasama dengan semua pemilik kelab lumba kuda di Malaysia termasuk pemilik kandang kuda persendirian.
"Setiap kuda berkenaan juga dipantau teliti kerana mengambil kira virus EI masih boleh berlaku sehingga 14 hari, justeru sampel klinikal akan dibuat pada hari terakhir selepas kuda terakhir sembuh. Jika semua sampel negatif barulah dikira bebas flu kuda," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dr Kamarudin sebelum itu mengadakan pertemuan dengan wakil STC bagi menentukan langkah untuk menghalang penyakit EI tersebar dari STC dan PTC ke kandang lain di seluruh negara kerana virus berkenaan cepat merebak.
Beliau berkata, penyebaran penyakit itu dianggap serius, namun ia tidak membahayakan manusia dan disasarkan dapat ditangani dalam masa sebulan.
Katanya, Malaysia bebas daripada jangkitan flu kuda sejak kali terakhir dikesan pada 1977 dan kerajaan memandang serius termasuk kesannya kepada industri ekuin selain jangkitan berkemungkinan akibat kemasukan kuda import.
"STC mengimport empat kuda dari New Zealand melalui Singapura pada 31 Julai lalu. Ia dikuarantin 14 hari di Stesen Kuarantin Haiwan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dua ekor dipindahkan ke STC dan masing-masing seekor di PTC Perak dan Pulau Pinang pada 14 Ogos.
"Dua kuda di STC menunjukkan tanda klinikal pernafasan sebaik dipindahkan manakala di Perak dua hari kemudian manakala seekor lagi di Pulau Pinang hanya mengalami selesema ringan.
"Pemeriksaan terakhir oleh pegawai STC dan penyelia stesen tidak mendapati apa-apa jangkitan ketika kuarantin," katanya.
Selepas dimaklumkan penyakit itu oleh STC pada 26 Ogos lalu, JPVM melakukan diagnosis dengan mengambil sampel 'nasophrangeal swab' pada kuda di Turf Club di Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor yang menunjukkan tanda klinikal dan dihantar ke Institit Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak dan AVA Singapura bagi mengesan ejen penyakit.
"Keputusan ujian makmal pada Selasa dan Rabu lalu menunjukkan jangkitan EI dan ketika ini ujian bagi menentukan sub jenis virus sedang dilakukan," katanya.
Dr Kamarudin berkata, pihaknya juga akan menggerakkan pegawai veterinar di seluruh negara bagi memantau kandang kuda di seluruh negara serta memohon kerjasama semua pemilik kuda memaklumkan segera jika mengesan gejala penyakit itu.
Source: http://www.hmetro.com.my/node/75312
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) Dr Kamarudin Md Isa berkata, larangan turut membabitkan pemindahan, eksport serta import kuda dan tindakan undang-undang boleh dikenakan jika ingkar.
Beliau berkata, itu sebahagian langkah dilakukan pihaknya yang bekerjasama dengan semua pemilik kelab lumba kuda di Malaysia termasuk pemilik kandang kuda persendirian.
"Dianggarkan 100 kuda di Selangor Turf Club (STC) dan Perak Turf Club (PTC) dikesan dijangkiti virus EI dan langkah pencegahan sudah dan sedang dibuat termasuk mengasingkan kuda terjangkit, menyahkuman premis dan alatan digunakan pada kuda berjangkit serta meningkatkan tahap biosekuritinya."Setiap kuda berkenaan juga dipantau teliti kerana mengambil kira virus EI masih boleh berlaku sehingga 14 hari, justeru sampel klinikal akan dibuat pada hari terakhir selepas kuda terakhir sembuh. Jika semua sampel negatif barulah dikira bebas flu kuda," katanya pada sidang media di sini, semalam.