BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selera muzik berbeza

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Zaara Talita

[email protected]
SUMPAHAN Salju sebuah adaptasi daripada cerita dongeng kanak-kanak popular iaitu Snow White.
SUMPAHAN Salju sebuah adaptasi daripada cerita dongeng kanak-kanak popular iaitu Snow White.




BARU saja tampil dengan single berjudul Keliru ciptaan rapper tersohor, Mr General aka Malique empat bulan lalu, Ara Johari kembali merancakkan industri seni dengan lagu Sumpahan Salju.

Penyanyi yang pernah menyandang gelaran naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 itu mempertaruhkan lagu Sumpahan Salju ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry dan diterbitkan oleh label terkemuka negara, Rocketfuel Entertainment.

"Terima kasih buat semua yang menyokong lagu Keliru nyanyian saya bersama Lil' J yang menerima sambutan cukup memberangsangkan.

"Kini, saya bersedia untuk memulakan langkah secara solo semula dengan lagu Sumpahan Salju," katanya.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari masih memperuntukkan waktu untuk merakamkan lagu baharu walaupun sibuk menguruskan perniagaan masakan miliknya, Ara Kitchen.

Bagi Ara, bidang nyanyian adalah keutamaan dan dia perlu bijak membahagikan masa bagi memastikan kedua-duanya tidak terabai.
 
ARA menggemari melodi unik.
ARA menggemari melodi unik.


"Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dengan memiliki cawangan di Klang. Tak menang tangan dibuatnya! Namun, kerjaya sebagai penyanyi tetap nombor satu," katanya.

Bercerita mengenai Sumpahan Salju, Ara berkata, ketika itu dia berada di studio muzik bagi mendengar lagu baharu daripada Ziin dan terus terpikat dengan melodi Sumpahan Salju yang memaparkan muzik tradisional Jawa yang dimodenkan.

"Selepas itu, kami memulakan sesi rakaman dalam kadar yang agak pantas. Ia mengambil masa kurang dari tiga jam saja, manakala selebihnya Ziin yang bertanggungjawab melakukan proses adunan bagi mencantikkan lagi bunyi lagu itu," katanya.

Sumpahan Salju berkisar mengenai dongeng masyhur seantero dunia, Snow White yang dilatari muzik tradisional Jawa, namun ia diberi nafas moden yang diperkemaskan lagi dengan adunan nuansa pop rancak dalam elemen 'trap' yang menambah rasa suspens buat pendengar.

"Saya sebenarnya gemar dengan melodi unik dan lagu ini nyata berbeza daripada genre yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cuma kali ini saya mahu mencuba sesuatu yang baharu serta berbeza dan tidak pernah terjangka oleh sesiapa," katanya.

Selain selera muzik yang berbeza, perubahan penampilan Ara baru-baru ini turut menjadi perhatian. Ia dapat dilihat melalui muzik video yang turut dilancarkan bersama-sama single Sumpahan Salju.
 
ARA mula langkah secara solo semula dengan lagu Sumpahan Salju.
ARA mula langkah secara solo semula dengan lagu Sumpahan Salju.


"Saya sentiasa cuba memperbaiki penampilan diri dari segi fesyen supaya sejajar dengan perkembangan muzik yang saya bawakan. Bukan berubah 100 peratus, saya masih Ara, cuma lebih 'up-to-date'.

"Bersesuaian dengan jalan cerita kisah dongeng serta konsep 'single' Sumpahan Salju, muzik video ini juga memaparkan sesuatu yang istimewa dengan menerapkan konsep tradisi Jawa dan barat yang tidak pernah terlihat sebelum ini.

"Saya juga memainkan tiga watak yang berbeza dalam muzik video ini dan kalau hendak tahu lebih lanjut, kena tonton!" katanya.

Lagu Sumpahan Salju boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network
 
Back
Top
Log in Register