dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Mereka mungkin selebriti terkenal, simbol seks, pelakon serius atau personaliti yang dihormati ramai. Namun sebagai wanita, mereka juga pernah mengalami suatu saat di mana mereka diminta memperdagangkan seks untuk mendapatkan sesuatu, terutamanya dalam sesi uji bakat.
Begitulah yang dialami oleh para bintang terkenal di bawah:
Marilyn Monroe
Monroe pernah menggelar Hollywood sebagai 'rumah pelacuran yang sesak' kerana terlalu banyak perdagangan seks secara sulit berlaku antara para pelakon, pengarah, produser (malah Presiden itu sendiri!).
Dalam kerjaya lakonannya, dia seringkali ditawarkan sesuatu watak dengan seks sebagai bayaran. Satu perkara yang menyedihkan, sekalipun tidak menghairankan, apatah lagi Monroe hidup pada era di mana wanita tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya.
Jenny McCarthy
Aktivis, pelakon, personaliti TV dan pelawak Jenny McCarthy bukanlah seorang wanita yang akan menyembunyikan sesuatu yang mengganggunya. Kerana itu dia terang-terangan mengakui bahawa dia pernah diganggu secara seksual oleh pelakon aksi Steven Seagal. Menurut McCarthy, ketika dia menghadiri ujibakat filem "Under Siege 2", Seagal meminta dia menanggalkan pakaiannya atas alasan watak yang diingininya perlu melakonkan babak telanjang, sekalipun tiada hal tersebut ditulis di dalam skrip.
Namun begitu, pihak Steven Seagal menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan McCarthy tidak pernah menghadiri ujibakat tersebut.
Helen Mirren
Mirren pernah mengakui bahawa dia pernah diganggu oleh pengarah filem "The Mechanic", Michael Winner pada tahun 1964 apabila pengarah tersebut meminta Mirren memperagakan tubuh di depannya. Mirren meluahkan rasa bengang dan marahnya ketika itu, dan merasakan seorang aktres tidak patut dilayan seperti barang dagangan.
Namun begitu, Michael Winner berkata bahawa dia tidak ingat dia pernah meminta Mirren melakukannya, dan jika memang benar pun dia pernah memintanya, dia tidak memintanya dengan serius.
Gwyneth Paltrow
Gwyneth Paltrow pernah memberitahu bahawa ketika dia masih lagi seorang pelakon yang tidak dikenali, ada pencari bakat yang cuba mengumpannya untuk tidur bersama. Jelas Paltrow, seorang wanita yang tidak bijak pasti akan akur dengan permintaan sedemikian demi mencapai impiannya menjadi seorang bintang.
Megan Fox
Berbeza dengan Paltrow, Megan Fox menjelaskan bahawa dia mula menerima gangguan seksual hanya selepas dia menjadi popular melalui filem "Transformers".
Dalam temuramahnya dengan majalah GQ, Fox memberitahu, "Ia sungguh menyedihkan. Ada di antara mereka merupakan legenda dalam dunia perfileman Hollywood. Anda rasa teruja sebab dapat bertemu mereka, tapi bila anda tiba, anda sedar bukan itu yang mereka mahu. Itu yang berlaku pada saya."
Charlize Theron
Theron ditawarkan uji bakat filem ketika dia berusia 19 tahun, selepas berpindah ke Hollywood dari Afrika Selatan. Dia rasa hairan apabila dipanggil untuk sesi uji bakat pada malam Sabtu di rumah pencari bakat tersebut di Los Angeles. Tapi kerana tidak tahu apa-apa mengenai dunia perfileman, dia akur dengan permintaan tersebut.
Namun begitu, setibanya dia di rumah si pencari bakat, lelaki itu berpakaian pijama dan menawarkan minuman kepadanya. Tidak lama selepas itu, Theron tersedar bahawa si pencari bakat sedang mencari 'bakat' yang lain dan terus beredar dari situ.