BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Peruntuk RM1J Untuk Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,627
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,627
Reaction score
7,745
Points
916
Menerusi Belanjawan Selangor 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Besarnya, Amirudin Shari, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang menawarkan subsidi RM350 bagi pengambilan lesen motosikal pada tahun hadapan.

Amirudin berkata, inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor terutama golongan miskin bandar.

“Oleh itu, bagi menggalakkan anak muda melibatkan diri dalam bidang ini, kerajaan negeri akan memperkenalkan inisiatif RiDE. Subsidi sebanyak RM350 seorang akan diberikan bagi anak muda mengambil kursus latihan lesen motor,” katanya seperti yang disiarkan menerusi selangortv.my.

Jelasnya, program tersebut akan dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN). Buat masa ini, cara pemohonan untuk RiDE belum diperjelaskan secara lanjut.

SYM-VF3i-Test-Ride-BM-51-630x420.jpg


Sumber asal https://paultan.org/2019/11/04/sela...hsan-pada-2020-untuk-belia-ambil-lesen-motor/
 
Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri Selangor akan membuka permohonan RiDE pada bulan Mac 2020 ini. Anak-anak Selangor, khususnya yang berkecimpung dalam “gig economy” seperti GrabFood, DahMakan dan sebagainya disaran membuat permohonan.

Semoga subsidi lesen motosikal bernilai RM350 setiap seorang ini mampu sedikit sebanyak meringankan beban golongan bekerja yang sentiasa jujur dan bekerja keras memperbaiki kehidupan masing-masing.

Screenshot-2110.jpg


Saya akan kemaskini bahagian ini selepas permohonan di aktifkan March nanti ..
 
Last edited:
MB Galak Belia Daftar, Jana Pendapatan

14.08.2020 - Shah Alam, Dato’ Menteri Besar mengajak anak muda mendaftar inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) untuk mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan peserta yang berjaya boleh mengikuti kursus e-panggilan bernilai RM200 selain menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

“Program bagi anak muda bawah 30 tahun ini menyasarkan hampir 3,000 peserta dengan kriteria kelayakan asas dan dijangka menggalakkan mereka berdikari menjana pendapatan dalam sektor ekonomi sampingan yang semakin berkembang,” tulisnya di Twitter.

Beliau berkata pendaftaran yang dibuka bermula 1 Ogos lalu boleh dibuat melalui pautan http://msnselangor.gov.my

Belanjawan 2020 memperuntukkan dana awal RM1 juta bagi pelaksanaan RiDE dan ditambah RM1 juta lagi melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 pada 13 Julai lalu.

Setakat ini, sebanyak 10,000 permohonan diterima.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/ride-mb-galak-belia-daftar-jana-pendapatan/
 
Hampir 2,000 Belia Layak Dapat Inisiatif RiDE - EXCO

12.10.2020 - Shah Alam, Seramai 1,980 belia miskin bandar layak menyertai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang dilancarkan pada 21 Julai lalu. EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata program yang menyasar 3,000 peserta setakat ini menerima 20,000 permohonan.

“Banyak permohonan yang gagal kerana peserta tidak menepati syarat umur selain kurang berminat untuk menyertai latihan e-panggilan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua peserta terpilih akan dijemput menyertai majlis pelepasan inisiatif itu oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, dijangka akhir Oktober. Sebelum ini, Mohd Khairuddin yakin mampu mengumpul 3,000 peserta RiDE sehingga 31 Oktober susulan sambutan menggalakkan daripada belia yang mahu menjana pendapatan. Individu yang layak bakal mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, mengikuti kursus e-panggilan (RM200) dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (RM70 setahun).

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon perlu mendapat pengesahan pemastautin melebihi 10 tahun di Selangor melalui pejabat wakil rakyat kawasan masing-masing dan menghantar sendiri borang ke pejabat Majlis Sukan Negeri. Syarat lain, pemohon mesti berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan bawah RM2,000 bagi yang bekerja serta memperoleh lesen motosikal B2 bermula Januari tahun ini.

Permohonan yang dibuka mulai 1 Ogos boleh dibuat melalui http://msnselangor.gov.my.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/exco-hampir-2000-belia-layak-dapat-inisiatif-ride/
 
RM2J Teruskan Program RiDE

30.10.2020 - Shah Alam, Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM2 juta. Perkara tersebut diumum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini. Beliau berkata program itu membantu kira-kira 3,000 anak muda mencari pendapatan atau kerjaya baharu sebagai penunggang dalam perkhidmatan e-panggilan.

Pada 20 September, seramai 3,000 peserta bakal mengikuti kursus e-panggilan dalam tempoh terdekat. RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM200 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/belanjawan-2021-rm2-juta-teruskan-program-ride/
 
RiDE Di Perluas Ke Luar Bandar, Bantu Belia Bina Kerjaya

01.11.2020 - Shah Alam, Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) kepada golongan belia di kawasan luar bandar tahun hadapan. EXCO pembangunan generasi muda berkata usaha itu membuka ruang kepada anak muda untuk menjana pendapatan seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi.

“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk meneruskan RiDE tahun depan seperti diumum Dato’ Menteri Besar dan kita mahu menambah baik penggunaannya. Saya percaya ia akan membantu belia di Selangor untuk terlibat dalam ekonomi e-panggilan,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Pada Jumaat, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program RiDE membantu kira-kira 3,000 anak muda mencari kerjaya baharu sebagai penunggang dalam perkhidmatan e-panggilan. Pada 20 September, SelangorKini melaporkan kesemua peserta program bakal mengikuti kursus secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Melalui inisiatif tersebut, belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM200 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/ride-diperluas-ke-luar-bandar-bantu-belia-bina-kerjaya/
 
Back
Top
Log in Register