Servis Ihsan MADANI (SIM) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup berhubung kos penyelenggaraan kenderaan.
Program SIM ini merupakan program kerjasama di antara KPDN dengan tiga (3) pemain utama dalam industri automotif di Malaysia iaitu:
a) PETRONAS Dagangan Berhad melalui Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX);
b) Perodua Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melalui Servis Ihsan MADANI@Perodua (SIM@Perodua); dan
c) Proton Edar Sdn. Bhd. (Proton) melalui Servis Ihsan MADANI@Proton (SIM@Proton).
Membantu golongan berpendapatan rendah untuk meringankan kos sara hidup melalui pengurangan kos penyelenggaraan kenderaan.
Membantu rakyat dengan kerjasama dan iltizam pihak industri.
SIM@PAX menawarkan pakej penyelenggaraan kenderaan dan pengurangan harga minyak pelincir jenis mineral, semi sintetik serta diesel di bengkel-bengkel PETRONAS AutoExpert, pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
SIM@PAX dilaksanakan pada setiap musim perayaan/sambutan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Hari Deepavali, Hari Krismas, dan Hari Kebangsaan.
Membuat janji temu dan penempahan slot pakej servis melalui aplikasi SETEL sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum tarikh servis. Tatacara penempahan janji temu servis boleh dirujuk di pautan https://www.setel.com/car-service.
Pihak PETRONAS AutoExpert akan menghubungi anda untuk urusan selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi Mesralink di talian 1300-88-8181.