BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Selangor kritikal

Muhamad Na'im Ab Razak

3m ·

Excuse me YB Dato Sri Dr Adham Baba,
Maksudnya staf Perubatan di HTAR menipulah berkenaan krisis yang mereka alami?
Maksud YB, aksi lagak “ngeri” tu cuma lakonan untuk menakutkan rakyat?
Kes Covid-19 harian yang dilaporkan hari ni berapa ya YB? Dah turun ke?

1626168728855.png
 

Muhamad Na'im Ab Razak

3m ·

Excuse me YB Dato Sri Dr Adham Baba,
Maksudnya staf Perubatan di HTAR menipulah berkenaan krisis yang mereka alami?
Maksud YB, aksi lagak “ngeri” tu cuma lakonan untuk menakutkan rakyat?
Kes Covid-19 harian yang dilaporkan hari ni berapa ya YB? Dah turun ke?

1626168728855.png

YB tak kan tak turun padang
Dan takkan lah orang saja² nak tularkan video tu
Cuba YB tanya barisan hadapan
Bukan tanya pengurusan
 
Sebahagian mereka dikatakan menunggu sejak pukul 5.30 pagi meskipun dewan tersebut hanya dibuka pukul 9 pagi. #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia

CAC Dewan Sukan Klang, Stadium Malawati lebih 'tenang' hari ini​



Julai 13, 2021 17:49 MYT
CAC Dewan Sukan Klang, Stadium Malawati lebih 'tenang' hari ini

Tinjauan di CAC Stadium Malawati, mendapati keadaan terkawal berbanding semalam. - Gambar/ Facebook Yusaini Mohd Yusof

SHAH ALAM: Semalam, tular gambar serta rakaman video memaparkan keadaan sesak ribuan orang beratur panjang di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Sukan Klang dan Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam.

Penyebaran gambar dan video disertai pelbagai kapsyen itu menggambarkan keadaan sangat serius, sehingga ada yang menyifatkannya sebagai 'medan perang', mencetus kebimbangan orang ramai.

Namun situasi berbeza dapat dilihat di kedua-dua CAC itu hari ini yang dilihat lebih terkawal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang memuaskan.
Walaupun bilangan orang yang datang masih ramai, namun tidak sesak melampau seperti yang berlaku semalam.




Tinjauan Astro AWANI sejak pukul 10 pagi di CAC Dewan Sukan Klang mendapati orang ramai masih lagi beratur panjang sehingga di luar perkarangan dewan.

Sebahagian mereka dikatakan menunggu sejak pukul 5.30 pagi meskipun dewan tersebut hanya dibuka pukul 9 pagi.

Walaupun keadaan semakin terkawal, ada pihak tetap menyifatkan lokasi dewan tersebut tidak sesuai kerana berhampiran kediaman penduduk serta laluan keluar masuk utama ke taman berkenaan.

Pengerusi Surau An-Naim, Sajian Sikon, ketika ditemui turut mengakui tidak dimaklumkan mengenai pembukaan CAC di kawasan berkenaan dan berkata penduduk bimbang mengenai risiko penularan COVID-19.

"Kami tidak dimaklumkan, tiba-tiba benda (CAC) itu wujud, kami rasa dukacita kerana tidak diajak berbincang.

"Sekurang-kurangnya kita boleh bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sebelum ini tular sebuah video yang dikongsi penduduk, menunjukkan kawasan taman perumahan berkenaan sesak dengan kenderaan pesakit yang ingin ke CAC berkenaan.

Penduduk yang merakam video berkenaan juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) membuka CAC di kawasan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di CAC Stadium Malawati, mendapati keadaan terkawal apabila hanya kira-kira 2,000 pesakit yang dipercayai positif COVID-19 melaporkan diri berbanding lebih 4,000 pesakit yang datang semalam.

Difahamkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba turut meninjau kawasan itu kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Tinjauan turut mendapati, sebanyak 13 khemah disediakan untuk pesakit yang datang melaporkan diri, sebelum proses selanjutnya dijalankan.


 
#Klang "Bilik mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang berada pada tahap kapasiti penuh menyebabkan mayat pesakit Covid-19 tidak dapat diselenggara sewajarnya," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George.
https://www.hmetro.com.my/.../adun-sentosa-bimbang...

ADUN Sentosa bimbang 'limpahan' mayat di HTAR​


1626171004488.png


Klang: "Bilik mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang berada pada tahap kapasiti penuh menyebabkan mayat pesakit Covid-19 tidak dapat diselenggara sewajarnya," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George.

Menurutnya, keadaan diburukkan lagi dengan proses pengurusan mayat yang mengambil masa lama selepas pesakit Covid-19 meninggal dunia.
"Pihak hospital perlu segera menguruskan mayat untuk proses pengebumian mengikut agama masing-masing supaya waris dapat memberi penghormatan terakhir.

"Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan waris yang telah kehilangan ahli keluarga," katanya dalam kenyataan, semalam.

Berikutan itu, Gunaraj berkata, beliau mencadangkan kerajaan menambah kontena sejuk beku supaya mayat pesakit Covid-19 di HTAR Klang ditempatkan secara teratur.

Menurutnya, ia bertujuan menangani jumlah mayat di hospital terbabit yang sudah melebihi kapasiti sepatutnya.

"Kerajaan seharusnya memandang serius perkara itu selain menambah infrastruktur kesihatan seperti fasiliti Unit Rawatan Rapi (ICU), tangki oksigen, alat ventilator dan katil pesakit," katanya.

Beliau berkata, ketika ini jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat dan meninggal dunia di hospital berkenaan meningkat saban hari.
"HTAR Klang sedang bergelut untuk menangani jumlah pesakit yang postif Covid-19 dan meninggal dunia yang sudah melewati kapasiti.
Terdahulu, tular video di media sosial keadaan bilik mayat yang didakwa bertempat di HTAR Klang apabila jumlah mayat mangsa Covid-19 terpaksa ditempatkan di lantai.

Kelmarin timbul isu apabila wakil MIC pusat gagal menyerahkan sumbangan sebuah kontena penyimpanan mayat kepada HTAR di Klang, Selangor.

Ini susulan pendedahan bahawa hospital itu menghadapi kekangan sumber untuk merawat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat serta ruang untuk menyimpan mayat.

Bagaimanapun video Tiktok itu dipadamkan selepas pihak hospital HTAR bersetuju menerima kontena itu hasil campur tangan oleh Kementerian Kesihatan.
Disiarkan pada: Julai 13, 2021 @ 5:31pm

 
saya mmg salute diorang ni
tak kenal erti lelah letih
entah la, klu saya rasanya dah collapse
Houseman dulu2 kerja 35 jam nonstop tu biasa. Sekarang houseman dah shift ok sikit. Tapi ada je sesetengah tempat mo kerja 35 jam nonstop. Means dari pukul 8 pagi ni, hingga ke 8 pagi esok, pastu sambung sampai pukul 5 ptg baru balik rumah.
 
Houseman dulu2 kerja 35 jam nonstop tu biasa. Sekarang houseman dah shift ok sikit. Tapi ada je sesetengah tempat mo kerja 35 jam nonstop. Means dari pukul 8 pagi ni, hingga ke 8 pagi esok, pastu sambung sampai pukul 5 ptg baru balik rumah.

apa org kata tu klu doktor bekerja dari 8 pagi ke 8pagi esok, doktor buat on call kan
kemudian dari 8pagi tu dia terus bekerja sehinggalah jam 5 petang. kemudian balik rumah

tu belum masuk doktor yg buat locum kat klinik pulak kan selepas 5 petang tu
 
Back
Top
Log in Register