BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Selangor kritikal

#Klang Pihak PKD mengakui kesilapan kerana tidak mengadakan perbincangan bersama Adun kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/.../cac-dewan-taman-sri-andalas...

CAC Dewan Taman Sri Andalas mungkin dipindahkan​

1626086626748.png

Klang: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, bersetuju menyemak semula dan cadangan memindahkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas dekat sini, ke lokasi lain.

Bagaimanapun, pihak PKD memohon untuk diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, keputusan itu diperoleh hasil perbincangan antara beliau, Pegawai PKD Klang; Pengerusi surau, Pakar Perubatan PKD Klang dan beberapa individu lain hari ini, bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Beliau berkata, hasil perbincangan itu, pihak PKD mengakui kesilapan kerana tidak mengadakan perbincangan bersama Adun kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC berkenaan.

"Pada masa sama, PKD akan mengambil beberapa tindakan segera dari segi penambahbaikan keadaan lalu lintas, mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi pesakit yang hadir; menyediakan lokasi tempat letak kenderaan yang sesuai bagi pesakit.

"PKD akan menyediakan pelan laluan sesuai bagi membolehkan surau dibuka dan tidak mengganggu penduduk sekitar," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook hari ini.

Sementara itu, berdasarkan satu video yang dikongsi penduduk, kawasan taman perumahan berkenaan sesak dengan kenderaan pesakit yang ingin ke CAC berkenaan.

Penduduk yang merakam video berkenaan juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka CAC di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, berdasarkan tinjauan sekitar jam 4.15 petang tadi, keadaan di kawasan terbabit sudah beransur lengang yang mana tiada lagi pesakit beratur di luar dewan itu.

Sebelum ini Klinik Kesihatan Bandar Botanic menjadi lokasi CAC bagi daerah itu sebelum dipindahkan ke dewan berkenaan hari ini.
Disiarkan pada: Julai 12, 2021 @ 6:21pm

Lonjakan jumlah pesakit #Covid_19 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor sejak minggu lalu menyebabkan kawasan di situ sesak, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Jurugambar - Afif Abd Halim
#tmigallery
#LindungDiriLindungSemua
[GALERI PENUH]
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/g/326911

1626086746292.png

Barisan panjang di luar Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam hari ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan Covid-19 di Selangor.

1626086754479.png

Selangor terus menyumbang jumlah jangkitan harian baharu tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 4,308 menjadikan jumlah kes di seluruh negara iaitu 8,574.
1626086797999.png

Petugas kesihatan membantu orang kurang upaya Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam , Selangor.
1626086817342.png

Pandangan umum orang ramai yang menunggu di dalam Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam , Selangor.
 
Lokasi CAC di Dewan Taman Sri Andalas tidak sesuai

Julai 12, 2021 @ 6:54pm

1626087963897.png

Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, Klang menjadi tumpuan individu disyaki positif. Di pusat ini, mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PKRC MAEPS atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Klang: Lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas dekat sini, tidak sesuai kerana berhampiran rumah penduduk serta laluan utama keluar masuk ke taman berkenaan.

Menurut kenyataan di Facebook N49 DUN Sungai Kandis hari ini, selepas dewan berkenaan dijadikan CAC, surau berdekatan terpaksa ditutup serta merta walaupun tiada arahan selain penduduk bimbang mengenai risiko penularan COVID-19 di kawasan terbabit.
Susulan itu, satu perbincangan diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Pengerusi Surau taman itu, Pakar Perubatan PKD Klang dan beberapa individu lain bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu.

andalass_1626087643.jpg
Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, Klang menjadi tumpuan individu disyaki positif. Di pusat ini, mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PKRC MAEPS atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - NSTP/Faiz Anuar

Menurut kenyataan itu, hasil perbincangan bersama pihak PKD Klang mengakui kesilapan kerana tidak mengadakan perbincangan bersama ADUN kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC berkenaan.
"Pihak PKD Klang juga bersetuju menyemak semula dan cadangan memindahkan ke lokasi lain bagi CAC berkenaan tetapi memohon diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai.

"Dalam masa yang sama, PKD Klang akan mengambil beberapa tindakan segera bagi penambahbaikan keadaan lalu lintas, mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi pesakit yang hadir; menyediakan lokasi tempat letak kenderaan yang sesuai bagi pesakit.
"PKD Klang juga akan menyediakan pelan laluan sesuai bagi membolehkan surau dibuka dan tidak mengganggu penduduk sekitar," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, berdasarkan satu video yang dikongsi penduduk, kawasan taman perumahan berkenaan sesak dengan kenderaan pesakit yang ingin ke CAC berkenaan.
Penduduk yang merakam video berkenaan juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) membuka CAC di kawasan berkenaan.

Petugas kesihatan bertungkus lumus mengendali kehadiran individu disyaki positif di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Taman Sri Andalas, Klang. Di pusat ini, mereka akan diklasifikasikan tahap jangkitan sama ada perlu dirujuk ke Hospital COVID-19 atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) atau hanya menjalani pemantauan kendiri di rumah. - NSTP/Faiz Anuar

Tinjauan jam 4.15 petang tadi pula mendapati, keadaan di kawasan terbabit sudah beransur lengang yang mana tiada lagi pesakit beratur di luar dewan itu.
Sebelum ini Klinik Kesihatan Bandar Botanic menjadi lokasi CAC bagi daerah itu sebelum dipindahkan ke dewan berkenaan hari ini.

Back
Top
Log in Register