BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Selangor kritikal

samesame

Active+ Member
gem
Messages
4,547
Joined
Sep 8, 2011
Messages
4,547
Reaction score
1,241
Points
111

 
ni 18 jam lepas

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

18j ·

Lawatan Kerja oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Klang
11 JULAI 2021, KLANG –YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk melihat sendiri perkembangan hasil tindakan yang dilaksanakan HTAR bagi menampung keperluan pesakit COVID-19.

Antaranya adalah dengan menyusun atur semula wad-wad COVID-19 dan menambah bilangan katil di wad-wad berkenaan sehingga mencecah 606 unit katil. Manakala, wad ICU bagi COVID-19 pula akan ditambah sehingga 72 unit katil dalam masa terdekat ini.

Dato’ KSU juga berkesempatan membincangkan isu-isu yang tular berkaitan HTAR dengan menasihatkan tindakan sewajarnya oleh pihak hospital. Dalam masa sama, beliau mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengambil gambar dan merakam video mengenai situasi di fasiliti kesihatan dengan tujuan bagi meraih perhatian.

Hadir sama dalam lawatan kerja berkenaan adalah Dato’ Dr. Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Ketua Unified Command Center, Dato' Indera Dr. Sha'ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor; Dr. Faizal Mat Arifin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan); Encik Wong Kim Han @ Robert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Dr. Haji Zulkarnain Haji Mohd Rawi, Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#WeServeWithLove


 

Wad Covid-19 HTAR terima 151 katil tambahan​


1626084002559.png


HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah, gambar fail. FOTO NSTP

Klang: Wad Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, akan menerima tambahan 151 katil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan katil sebanyak 606 buah.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata, bagi wad Covid-19 Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, kapasiti katil rawatan Covid-19 sedia ada di HTAR akan ditingkatkan dari 51 kepada 72 katil, dalam masa terdekat.

"Kita menambah beberapa fasiliti yang kritikal yang telah ditularkan sebelum ini (di media sosial) mengenai kawasan kecemasan seolah-olah dibiarkan, tetapi itu proses biasa untuk mengalih pesakit ke wad-wad dan ia mengambil masa sedikit.

"Hasil lawatan saya ke HTAR, didapati jumlah bilangan katil Covid-19 telah bertambah," katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke HTAR, semalam.

Dalam kenyataan sebelum ini, HTAR memaklumkan hospital itu telah fungsi asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian menjadi wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 bermula Jumaat lalu.

Mengenai aspek peruntukan peralatan perubatan tambahan dalam menangani Covid-19, Mohd Shafiq berkata, KKM setakat ini mengagihkan sebanyak RM747 juta di bawah perolehan darurat bagi fasiliti kesihatan di seluruh negara.

"Di Selangor sahaja lebih RM100 juta diberikan. Urusan-urusan perolehan ini haruslah cepat, tidak boleh mengikut proses biasa dan kita berterima kasih kepada Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang memberi kelulusan khas," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, HTAR masih dikekalkan status sebagai hospital hibrid memandangkan ia adalah hospital rujukan negeri.

Beliau menambah keseluruhan hospital yang ada di Selangor masih mampu untuk menerima kes, sama ada kes Covid-19 atau bukan Covid-19 dan institusi perubatan negara sentiasa dalam keadaan bersiap siaga.

Disiarkan pada: Julai 12, 2021 @ 12:16am

 

Asrama doktor pelatih HTAR kini tempatkan pesakit Covid-19​


1626084070011.png


Shah Alam: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengubah fungsi asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian kepada wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 bermula Jumaat lalu.

HTAR menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan tindakan itu bagi menampung keperluan semasa susulan lonjakan kes di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

"Pimpinan tertinggi HTAR serta semua ketua jabatan dan unit mengambil inisiatif itu setelah semua penilaian risiko dianalisa, beberapa kawasan telah diubah suai fungsi menjadi wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19.

"Antara kawasan yang telah dijadikan tempat rawatan pesakit Covid-19 adalah asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian, kedua-dua tempat ini mula menerima pesakit bermula 8 malam 9 Julai lalu," menurut kenyataan itu.

Menurut HTAR bilangan kes harian di Selangor yang mencecah 4,000 sehari bukanlah petanda baik bagi hospital itu kerana kes harian di Jabatan Kecemasan turut meningkat mendadak sehingga tiada lagi katil untuk menempatkan pesakit-pesakit berkenaan.

HTAR berkata kakitangannya bagaimanapun tidak berputus asa untuk terus bersiap sedia dan bertindak dalam menangani lonjakan jumlah pesakit Covid-19 di hospital itu.

"Tanpa usaha dan sokongan daripada semua kakitangan HTAR yang sentiasa bertungkus lumus dan bersedia menghadapi krisis ini bersama, inisiatif ini tidak dapat direalisasikan. Pihak HTAR mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang membantu. Anda semua adalah Wira HTAR," katanya.

Disiarkan pada: Julai 11, 2021 @ 5:58pm

 
1626084233930.png


Hospital HTAR Klang akhirnya terima sumbangan kontena mayat​

Diterbitkan 12 Jul 2021, 4:47 pm

Dikemaskini 5:03 pm



MIC akhirnya berjaya menyumbangkan sebuah kontena penyimpanan mayat kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor.
Ini susulan pendedahan bahawa hospital itu menghadapi kekangan sumber untuk merawat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat serta ruang untuk menyimpan mayat.
HTAR mengakui sumbangan parti komponen BN itu di laman Facebooknya hari ini.
"Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada MIC pusat di atas sokongan dan dukungan menyumbang kontena mayat kepada HTAR dalam menguruskan pandemik Covid-19 di Daerah Klang khasnya dan negeri Selangor Darul Ehsan amnya, " katanya.

Sumbangan MIC itu pada mulanya ditolak.
Semalam, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Azhar Osman menyiarkan video di akaun TikTok yang mendakwa Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi menolak sumbangan kontena tersebut.

16afd3b61af70dbe760a21e20a0c857c.jpg

Kecewa dengan perkara itu, Mohd Azhar berkata alasan yang diberikan adalah pihak hospital dijadual menerima kontena pada hari berikutnya.

"Kita telah beli ni, RM35,000 harga ni untuk kita bagi kepada pihak hospital. Kita nak bantu dekat hospital
"Tapi mula-mula kata ok, lepas 3 jam pengarah hospital tolak pula, dia kata esok akan ada 8 kontena datang,”katanya.
Video itu kemudian dipadamkan dan Azhar menyiarkan video barumengatakan perkara itu selesai berikutan campur tangan oleh Kementerian Kesihatan.

"Akhirnya container kita dibenarkan masuk. Kita park di sini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KKM, ketua setiausaha kementerian, Menteri (Kesihatan) Adham Baba dan pengarah hospital kerana mempermudahkan urusan kita untuk membantu," jelasnya.
Ketika dihubungi, Adham mengesahkan perkara itu telah selesai.

Walaupun pada awalnya tidak jelas bahawa sumbangan itu datang dari MIC, pengakuan HTAR hari ini menjelaskan perkara itu setelah ia berkongsi video Azhar ketika mengucapkan terima kasih kepada parti politik berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register