BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamba teguk arak

KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja ‘lemas’ dengan belaian dan liuk lentok si gadis di lantai tari, malah tanpa segan silu meneguk minuman keras pada bulan puasa.

Perbuatan memalukan lelaki miang yang berusia emas itu jelas dilihat di sebuah kelab dangdut di ibu kota berdasarkan tinjauan Metro Ahad baru-baru ini.


Seawal jam 9 malam ketika umat Islam sedang khusyuk menunai solat tarawih, golongan lelaki berkenaan mula memenuhi ruang di kelab itu hinggalah jam 3 atau 4 pagi sambil ditemani gadis genit yang mungkin seusia anak mereka.

Di satu sudut samar cahaya neon, ada gadis duduk di ribaan lelaki lewat 60-an tanpa segan silu membelai mesra lelaki yang dahagakan pelukan si cantik manis sebelum memujuknya menari.


Lagu berunsur dangdut seperti Abang Joni, Penasaran, Semut Merah dan Tinak Tintaina dinyanyikan penyanyi jemputan kelab berkenaan semakin rancak mengiringi penari dengan pelbagai aksi tarian seksi ditunjukkan pasangan berkenaan.


Lebih menjijikkan, ‘air setan’ diteguk sambil tangan gatal terus membelai si pelayan yang rela diperlakukan apa saja demi wang.

Tinjauan mendapati, seawal jam 11 malam aksi ‘pemanas’ badan menyaksikan 20 penari dangdut mula menari dengan pelbagai gaya diiringi band secara ‘live’.


Pada masa sama, mata lelaki nakal dan miang meliar mencari dan memilih penari yang bakal menjadi pasangan bagi menghangatkan malam dengan penuh keindahan.

Oleh kerana kelab berkenaan turut menyediakan kemudahan karaoke, ada pelanggan mengisi masa berkaraoke yang dibuka seawal jam 9 malam sambil ditemani gadis cantik dan menggoda.


Seorang ‘runner’ atau orang tengah yang ditemui mengakui kelab itu turut menyediakan khidmat penari istimewa yang boleh disewa dengan kadar RM45 sejam.


Katanya, kebanyakan pengunjung yang cekap akan melakukan ‘tempahan’ terlebih dulu untuk memilih pasangan penari yang bakal beraksi dengan mereka.

hadis+puasa.jpg

telah menceritakan kepada kami abu kuraib muhammad bin 'ala bin kuraib telah menceritakan kepada kami abu bakr bin ayasy dari 'amasy dari abu shalih dari abu hurairah dia berkata , rasulullah saw bersabda pada malam pertama ramadhan syaitan syaitan dan jin jin yang jahat dibelenggu dan ditutup pintu pintu neraka dan tidak ada satu pun pintu pintu yang terbuka , dan dibuka kesemua pintu pintu syurga serta seorang penyeru berseru , wahai yang mengharapkan kebaikan maka bersegeralah kepada ketaatan dan wahai orang orang yang mengharapkan keburukan dan maksiat maka berhentilah kamu semua,allah memiliki hamba hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam dibulan ramadhan (sunan termidzi)
 
laaa kat mana ni, rekmen la kat aku..

isok bleh la aku nak pi bukak posa kat sana heheheh
 
setan kene ikat pun same je.. hahaha.

lorong bapuk kat kuantan pun meriah gila malam2..

aku saje lalu tepi2 nk skodeng kemeriahan lorong bapuk di bulan puasa :D:eek:
 
ni otai2 yang tak sedar diri hehe
 
Back
Top
Log in Register