BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamba teguk arak

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja ‘lemas’ dengan belaian dan liuk lentok si gadis di lantai tari, malah tanpa segan silu meneguk minuman keras pada bulan puasa.

Perbuatan memalukan lelaki miang yang berusia emas itu jelas dilihat di sebuah kelab dangdut di ibu kota berdasarkan tinjauan Metro Ahad baru-baru ini.


Seawal jam 9 malam ketika umat Islam sedang khusyuk menunai solat tarawih, golongan lelaki berkenaan mula memenuhi ruang di kelab itu hinggalah jam 3 atau 4 pagi sambil ditemani gadis genit yang mungkin seusia anak mereka.

Di satu sudut samar cahaya neon, ada gadis duduk di ribaan lelaki lewat 60-an tanpa segan silu membelai mesra lelaki yang dahagakan pelukan si cantik manis sebelum memujuknya menari.


Lagu berunsur dangdut seperti Abang Joni, Penasaran, Semut Merah dan Tinak Tintaina dinyanyikan penyanyi jemputan kelab berkenaan semakin rancak mengiringi penari dengan pelbagai aksi tarian seksi ditunjukkan pasangan berkenaan.


Lebih menjijikkan, ‘air setan’ diteguk sambil tangan gatal terus membelai si pelayan yang rela diperlakukan apa saja demi wang.

Tinjauan mendapati, seawal jam 11 malam aksi ‘pemanas’ badan menyaksikan 20 penari dangdut mula menari dengan pelbagai gaya diiringi band secara ‘live’.


Pada masa sama, mata lelaki nakal dan miang meliar mencari dan memilih penari yang bakal menjadi pasangan bagi menghangatkan malam dengan penuh keindahan.

Oleh kerana kelab berkenaan turut menyediakan kemudahan karaoke, ada pelanggan mengisi masa berkaraoke yang dibuka seawal jam 9 malam sambil ditemani gadis cantik dan menggoda.


Seorang ‘runner’ atau orang tengah yang ditemui mengakui kelab itu turut menyediakan khidmat penari istimewa yang boleh disewa dengan kadar RM45 sejam.


Katanya, kebanyakan pengunjung yang cekap akan melakukan ‘tempahan’ terlebih dulu untuk memilih pasangan penari yang bakal beraksi dengan mereka.
 
jabatan agama nk kena dapat aduan baru bertindak ke? Memang macam tu ke prosedurnya ke???
 
selagi kite x mendapat aduan dr org ramai,kite xdpt membuat ape2 tindakan...:)):)):)):))

ooo mcm tu pulak... org x lapor benda tu x salah la eh.. kalau lapor baru jadi salah n baru ada tindakkan akan dibuat...:o:o:o
 
ooo mcm tu pulak... org x lapor benda tu x salah la eh.. kalau lapor baru jadi salah n baru ada tindakkan akan dibuat...:o:o:o

setau aku pun mcm tu jugak la. selagi takda aduan selagi tu la tak diambil tindakkan. sebab statement2 diaorg pun sblm ni byk berdasarkan aduan orang awam :D tapi ada jugak keluar. Mungkin tak jumpa kot.
 
jabatan agama nk kena dapat aduan baru bertindak ke? Memang macam tu ke prosedurnya ke???

mtkla dulu keje kt jbtn agama tgk tggjwb tu g rush je ke :D
 
Hai,..kes kes..bulan2 posa pun berita mcm ni pun sensasi jugak
 
Back
Top
Log in Register