BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamatkanlah Kelantan...Tawan Semula Terengganu !!!

BN janji limpahan pembangunan di Kelantan

KOTA BHARU 9 Feb. – Kelantan bakal memperoleh kemajuan berganda yang tidak pernah dibayangkan jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-12, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, limpahan pembangunan itu sekali gus menjadikan Kelantan sebagai model ketamadunan Islam bagi negara ini yang berpaksikan kecemerlangan peradaban, intelek, ekonomi dan pendidikan.

Najib berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri cukup ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan yang sepatutnya memperoleh nikmat sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain.

‘‘BN betul-betul ikhlas nak membantu, kita tidak mahu janji kita ini menjadi igauan tetapi sebaliknya impian ini menjadi realiti.

‘‘Kita tidak akan sekali-kali menjadikan Kelantan terus hanya bermegah dengan slogan-slogan besar semata-mata,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang ihsan kepada mangsa banjir bagi jajahan Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra di sini hari ini.

Najib menjelaskan, Kelantan sewajarnya dibangunkan supaya setanding dengan negeri jiran terdekat, Terengganu yang berjaya dimajukan dalam masa singkat.

‘‘Kita mahu apabila sampai di lapangan terbang yang cantik dan selesa itu, kita akan lihat dua stadium serba moden tersergam.

‘‘Bila menuju ke bandar, kita akan tengok pasar raya besar seperti Mydin yang mempunyai jualan bulanan tertinggi di Malaysia iaitu RM17 juta sebulan. Ini salah satu petunjuk kestabilan ekonomi negeri itu.

‘‘Kita juga akan tengok keindahan Masjid Kristal dan replika-replika kejayaan tamadun Islam di Pulau Wan Man,’’ katanya.

Menurut Najib, Kelantan sepatutnya tidak boleh mendapat peruntukan pembangunan yang besar, tetapi BN tidak sampai hati melihat negeri itu dan rakyatnya terus terpinggir.

Beliau juga berjanji untuk menyediakan prasarana fizikal sukan yang terbaik di negeri ini dengan menyasarkan pembinaan kompleks stadium serba moden.

‘‘Saya amat sedih apabila dapat tahu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, papan markahnya masih menggunakan orang untuk meletakkan angka, malah negara Afrika sekalipun dah guna sistem elektronik,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Rejimen Sempadan Tentera Darat di Kem Batu 11, Tanah Merah beliau berkata, wakil rakyat perlu mendengar rintihan rakyat supaya parti tidak menerima padah pada pilihan raya umum.

Menurut beliau, pengabaian tanggungjawab itu akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan mereka akan membuat pendirian semula pada pilihan raya.

“Memang itu tugas kita sebagai orang politik, mesti dengar rintihan rakyat, kalau tidak mendengar, kita tidak akan disenangi rakyat.

“Jika langkah itu diabaikan, kesannya akan mula dilihat apabila tiba musim pilihan raya,’’ katanya.
 
Wuah wuah..kalu stakat mydin buat apa...
Ni TESCO , KB MALL , GIANT dah buka kat Klater
Jalan raya kat Klater lagi elok dari GAnu
bahkan sekolah pilot pun ada kat sini
kuan2:eek: :eek:
 
kelantan maybe pas bole menang lagi, tapi menang tipis kot.. terengganu x boleh la.. banyak sgt bn bagi kat terengganu.. rakyat pun gelap mata la beb:D
 
Salam n G'day all,

kelantan n terengganu memang unik. jangkaan sy untuk PRU kali ini ialah PAS kekal d Kelantan n Terengganu diserahkan kembali oleh rakyat kepada PAS. ini berdasarkan mood politik semasa. walaupon BN bermati-matian dgn segala strategi "halal" dan zalim namun sy yakin rakyat jelata terangganu n kelantan tetap dapat menewaskan permainan mereka... dengan kekuatan NUMBERS!

memang tak sanggup tengok kalau kelantan lepas ke tangan BN. issshhh....!!#:-S susah nak bayang... kalau BN menang, sume khazanah kelantan yang terjaga rapi sejak 15 tahun dulu diragut n dirogol oleh peimpin yg telah terbukti kerakusannya merompak khazanah negara, memeras duit rakyat, meperbodoh kakitangan kerajaan, membunuh budaya ilmu, etc...etc... jangan lah hendaknye terlepas walaupon hanya sepenggal...

teman ni orang yop, tinggal d kajang/bangi... sukar nak menyumbang selain doa... harap saing2 kawe keje kuat... dan samalah kita berdoa pertolongan ALLAH.. inilah benteng terakhir MELAYU/ISLAM...

takbir!!!
 
seperti yg kawan2 kita cakap..
bg peluang kt PAS memerintah utk satu penggal then kalo xbleh gak, pangkah smula yg mana yg rasa bleh..
Terengganu dah membuktikan perkara nih :p
 
PRU dah semakin hampir...macam2 bendera dah naik kat kampung aku ni...meriah pulak!!! dalam pada derang bersuka2 n bergeumbira...kita patut jugak fikir2 kedudukan kelantan buat masa ini...banyaknya wang ihsan tu wang ihsan ni ditaburkan sekarang...pela paklah dan najib ni...aku rasa tu salah guna kuasa untuk kepenting parti...sedangkan wang itu adalah milik semua rakyat...

agak2 korang PAS boleh bertahan lagi tak kat kelantan dan menawan semula terengganu...huhuhu...:-? :-? :-?

insyaallah....boleh rase nye.......:)cgrock :)cgrock
 
"ore kelate celik politik...", petikan kata Anuar Muso... :D
 
Salam n G'day all,

kelantan n terengganu memang unik. jangkaan sy untuk PRU kali ini ialah PAS kekal d Kelantan n Terengganu diserahkan kembali oleh rakyat kepada PAS. ini berdasarkan mood politik semasa. walaupon BN bermati-matian dgn segala strategi "halal" dan zalim namun sy yakin rakyat jelata terangganu n kelantan tetap dapat menewaskan permainan mereka... dengan kekuatan NUMBERS!

memang tak sanggup tengok kalau kelantan lepas ke tangan BN. issshhh....!!#:-S susah nak bayang... kalau BN menang, sume khazanah kelantan yang terjaga rapi sejak 15 tahun dulu diragut n dirogol oleh peimpin yg telah terbukti kerakusannya merompak khazanah negara, memeras duit rakyat, meperbodoh kakitangan kerajaan, membunuh budaya ilmu, etc...etc... jangan lah hendaknye terlepas walaupon hanya sepenggal...

teman ni orang yop, tinggal d kajang/bangi... sukar nak menyumbang selain doa... harap saing2 kawe keje kuat... dan samalah kita berdoa pertolongan ALLAH.. inilah benteng terakhir MELAYU/ISLAM...

takbir!!!

yop pun sokong nih..just pangkat jer pas..lawan umno dgn pangkah pas jerk...bukan nyer kene angkat senjata..
 
Salam n G'day all,

kelantan n terengganu memang unik. jangkaan sy untuk PRU kali ini ialah PAS kekal d Kelantan n Terengganu diserahkan kembali oleh rakyat kepada PAS. ini berdasarkan mood politik semasa. walaupon BN bermati-matian dgn segala strategi "halal" dan zalim namun sy yakin rakyat jelata terangganu n kelantan tetap dapat menewaskan permainan mereka... dengan kekuatan NUMBERS!

memang tak sanggup tengok kalau kelantan lepas ke tangan BN. issshhh....!!#:-S susah nak bayang... kalau BN menang, sume khazanah kelantan yang terjaga rapi sejak 15 tahun dulu diragut n dirogol oleh peimpin yg telah terbukti kerakusannya merompak khazanah negara, memeras duit rakyat, meperbodoh kakitangan kerajaan, membunuh budaya ilmu, etc...etc... jangan lah hendaknye terlepas walaupon hanya sepenggal...

teman ni orang yop, tinggal d kajang/bangi... sukar nak menyumbang selain doa... harap saing2 kawe keje kuat... dan samalah kita berdoa pertolongan ALLAH.. inilah benteng terakhir MELAYU/ISLAM...

takbir!!!

yop pun sokong nih..just pangkah jer pas..lawan umno dgn pangkah pas jerk...bukan nyer kene angkat senjata..
 
agak2 korang PAS boleh bertahan lagi tak kat kelantan dan menawan semula terengganu...huhuhu...:-? :-? :-?

Insya'allah boleh bertahan, tapi kat Trg tu kena risik2 sket :D
 
Back
Top
Log in Register