Kalau diberi pilihan untuk hidup bahagia atau derita. Sudah semestinya akal yang sihat kita akan memilih untuk hidup bahagia bukan.
Tidak kira individu itu anak-anak kecil atau warga emas, tidak kira bangsa atau agama, lelaki termasuklah seseorang yang bergelar wanita.
Kebahagiaan merupakan salah satu elemen untuk meningkatkan produktiviti bahkan kebahagiaan kepada seseorang wanita.
Jom kita lihat macam nak jadi wanita yang bahagia, bukan sahaja bahagia tapi luarbiasa bahagia.
1) Jangan simpan dendam
Wanita yang bahagia akan memikirkan lebih baik memaafkan daripada menyimpan dendam dan sakit hati.
Dendam yang tidak berkesudahan bakal mengundang kepada tekanan dan kemaafan pula boleh memberi ketenangan kepada seseorang wanita
Jadi mengapa perlu berduka lara dengan dendam yang boleh merosakkan emosi dan pilihlah untuk terus bahagia
2) Layan orang lain dengan penuh kebaikan
Wanita yang luarbiasa bahagia akan layan orang lain dengan baik dan bahagia. Hal ini kerana dengan memberi kebaikan dan kebahagiaan, hidup kita akan lebih bahagia.
Jadi, layan orang lain sebagaimana kita pun suka untuk dilayan dengan baik dan bahagia.
3) Menjadikan masalah itu satu cabaran
Wanita yang bahagia akan melihat masalah yang mendatang itu sebagai satu cabaran. Cabaran untuk meningkatkan diri mereka untuk jadi orang yang lebih baik.
Bila masalah dijadikan cabaran, ianya menjadi tugas untuk yang perlu disiapkan. Jadi, anggaplah setiap kali masalah yang berlaku itu satu cabaran.
4) Bersyukur dengan apa yang dimiliki
Wanita bahagia akan bersyukur dengan apa yang dia ada.
Pepatah mengatakan ” Orang yang bahagia tidak mempunyai semua yang terbaik tetapi mereka menggunakan apa yang mereka ada dengan sebaik-baiknya”.
Syukur akan buat hidup lebih bahagia. Tak semua orang ada apa yang kita ada.
5) Mempunyai cita-cita yang tinggi
Wanita yang bercita-cita tinggi dan bersungguh-sungguh mencapainya akan lebih berjaya berbanding wanita yang tiada cita-cita.
Cita-cita tinggi akan mendorong untuk seseorang itu menyusun strategi dan seterusnya fokus untuk mencapai cita-cita tersebut.
Kebahagiaan adalah pilihan, jom lakukan tips yang dikongsikan oleh Dr Saidatul Husna ini untuk jadi wanita yang luarbiasa bahagia.
Jangan pandang rendah terhadap kelembutan seorang wanita. Pepatah HAMKA mengatakan “perempuan adalah tiang negara. Jika perempuannya baik, baiklah negara dan jika mereka buruk, buruklah pula negara.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!