BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat datang Coldplay - Anwar

den dari dlu tak minat astrok, skali pon tak penah langgan 😬

dlu den layan kat mirc je..request lagu kat channel2 #mp3, pastu buh dlm winamp :ROFLMAO:

Den tengok kat kedai yo jang sebab rumah ayah den memang tak langgan Astro dulu
Video klip tu memang selalu tayang dekat channel MTV 😀
 
software lejen tu.. mmg tinggal kenangan je.. zaman duk cc masih hidup lagi.. main game beramai2.. bila kalah, gaduh terus kat situ gak, puas hati :ROFLMAO::ROFLMAO:
zaman cc dulu aku kalau main Counter Strike ramai2....kalau main lama sangat,2 jam ke atas,lepas keluar CC mesti pening2 kepala gila babas punya...
muntah2 pun pernah... :LOL:
aku pun tak paham kenapa

maybe dia punya motion game tu agaknya...ke dia punya color....
 
zaman cc dulu aku kalau main Counter Strike ramai2....kalau main lama sangat,2 jam ke atas,lepas keluar CC mesti pening2 kepala gila babas punya...
muntah2 pun pernah... :LOL:
aku pun tak paham kenapa

maybe dia punya motion game tu agaknya...ke dia punya color....
pening sebab lapar kot.. dah main game tak igt dunia 🤭🤭 ..

den tak penah lagi main game kat cc sampai muntah.. penin mmg ado la.. den main kat cc free ja .. guna teknik ctrl + alt + del utk bypass security dia.. 🤫


den raso lagu coldplay up zaman tu..
 

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

·


Jom tgk Coldplay !!!!!

346635475_6372967792767407_878320750475696278_n.jpg
 
Harga tiket bagi konsert Coldplay yang dijual antara RM228 ke RM3,088.
https://go.sinar.la/42LAu5l


Harga tiket konsert Coldplay jadi bualan netizen​


11 Mei 2023 10:39pmMasa membaca: 2 minit


2192239.jpg

Coldplay



SHAH ALAM - Harga tiket bagi konsert kumpulan rock British, Coldplay di Malaysia menjadi bualan netizen selepas diumumkan dalam laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi tiket untuk persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Harga yang dijual antara RM228 ke RM3,088, namun terdapat juga harga lain iaitu RM2,108 sehingga RM1,258 dan pemegang tiket ini akan diberikan pengalaman lawatan ke belakang pentas melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif serta hadiah yang direka khas.




Para pengguna Twitter mula melakukan pra pembelian tiket dan terdapat segelintir netizen mengharapkan harga jualan tiket dapat dikurangkan di bahagian zon berdiri berbanding tempat duduk yang lain.

Menurut pengguna Twitter @nabilrsl berharap, pihak penganjur dapat menjual tiket dengan harga yang berpatutan agar mereka dapat menonton kumpulan rock berkenaan.

“Kepada @Go LiveAsia boleh tak buka pembelian tiket untuk zon berdiri dengan harga yang rendah untuk nampak penuh di bawah,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi peminat dari Thailand, Filipina dan Singapura mungkin akan terbang ke Kuala Lumpur kerana tiada persembahan dijadualkan di negara mereka.

Bagi pengguna Twitter dari Indonesia, @agenneeptunus berkata, dia begitu teruja apabila mengetahui kumpulan rock tersebut akan mengadakan konsert walaupun harga tiket agak mahal.
“Mendengar Chris Martin berkata 'and I will try to fix you’ jadi semangat ‘berperang’ mendapatkan tiket,” katanya.





Pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.

Ramai yang mengalu-alukan kedatangan Coldplay itu malah ada yang meminta agar harga tiket Rahmah disediakan untuk konsert mega tersebut.
 
Back
Top
Log in Register