BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sektor automotif naik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mohd Madani (kiri) dan Hamim (dua dari kiri) bersama tetamu dari Australia pada sidang media selepas pelancaran Pameran Pembekal Automotif Australia-Malaysia di Putrajaya semalam.


INDUSTRI automotif negara terus mendapat sambutan di Australia apabila eksport segmen kenderaan penumpang pada 2013 berganda kepada RM41 juta berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ir. Hamim Samuri berkata perdagangan secara keseluruhan untuk sektor automotif juga bersedia meningkat dalam tempoh yang sama.

“Malaysia mencapai lebihan perdagangan automotif dengan Australia pada 2013 dengan eksport seimbang berjumlah RM151 juta menunjukkan pertumbuhan dalam nilai eksport sebanyak 12.2 peratus,” katanya melalui kenyataan media Pameran Pembekal Automotif Australia-Malaysia semalam.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Automotif Malaysia, Mohd Madani Sahari berkata kerjasama antarabangsa adalah penting bagi vendor untuk menghadapi cabaran dalam era liberalisasi pasaran.

“Matlamat utama adalah melihat banyak syarikat Malaysia mengeksport produk mereka ke luar negara. Oleh itu perkongsian dan kerjasama operasi teknikal dilihat memberi bagi pertumbuhan dalam industri,” katanya.

Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (Mafta) pada 2013, kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama bagi sektor automatif.

Pameran Pembekal Automotif Australia-Malaysiaselama tiga hari tersebut bermula semalam hingga 1 Oktober 2014 bertempat di Bahagian Pembangunan Usahawan, Menara Usahawan, Putrajaya.
 
Back
Top
Log in Register