BTC USD 85,540.4 Gold USD 4,156.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

seksyen 31. Takfir

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
selamat malam memembers Carigold, mods, admins dan juga guests.

ok. straight to the point. menohmah atau mengata seseorang

itu kafir/kapiaq adalah satu kesalahan.

ini transcript yg aku amik dari site akta kesalahan jenayah

syariah;

AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI

Takfir.

Seksyen 31. Takfir.


(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang mengatakan atau menohmahkan dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat atau gambaran tampak, atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau pelakuan, atau dengan menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apa-apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau perihalan orang yang menganut agama Islam-

(a) adalah kafir;

(b) tidak lagi menganut agama Islam;

(c) tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau

(d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam, agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-
(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi kuasa untuk membuat atau mengeluarkan apa-apa keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

(b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa sedemikian, sama ada atau tidak keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika bertulis, sama ada atau tidak ia disiarkan dalam Warta.


persoalanmya, aku nak tahu. adakah ini betul? biasa la internet,

bukan nya dapat nak pecaya sangat. misalan la semua ni betul,

beringat ingat la kita semua.

ps. sila jgn bawa hal politik kat sini ye? harap berikan

kerjasama yg penun dlm kes akta jenayah syariah ini.

pps. aku ada masalah ngan internet line so korang kena

taip AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

kat google. kalo aku salah, aku minta maaf. aku masih

buta tentang hal ehwal agama ni. harap memembers faham.
 
eh.....mana memembers ni?
 
lama jugak korang terawikh ekk?
 
Back
Top
Log in Register