BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seksa redah air termenung

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,580
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,580
Reaction score
2,173
Points
261
image.jpg



PONTIAN - “Dekat sebulan kami sekeluarga tanggung seksa redah air termenung,” kata Sulaiman Dollah, 41, apabila masalah yang melanda Kampung Parit Stan, Benut di sini, tiada kesudahan sejak sebulan lalu.

Keadaan air yang masih belum surut hingga kini menyebabkan tekanan kepada penduduk.

Sulaiman berkata, keadaan air termenung yang dihadapi kali ini paling teruk berbanding tahun lalu.

Menurutnya, aliran air yang tersekat akibat sistem perparitan yang tidak diselenggara dipercayai menjadi punca air melimpah dan memasuki kawasan rumah penduduk.

Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu di mana hujan lebat pada sebelah petang memburukkan lagi keadaan.

“Air termenung bebankan penduduk kerana kawasan rumah dan kebun digenangi air.

“Walaupun masih belum banjir, kami sangat tertekan dengan keadaan air termenung yang berlaku sekarang. Jalan hendak keluar masuk rumah dipenuhi air,” katanya.

Dia juga khuatir dengan keselamatan anak-anak memandangkan parit di sekitar kampung ini dipenuhi air yang dibimbangi akan menjadi tempat mereka bermain.

“Saya risau sangat dengan keselamatan empat anak yang masih kecil dan bersekolah.

“Banyak kali mereka terjatuh ketika hendak lalu kawasan yang dinaiki air termenung depan rumah,” katanya.

Sulaiman yang mengambil upah bekerja kebun turut resah apabila pendapatan yang diperoleh semakin berkurangan disebabkan masalah itu yang turut melanda di kawasan kebun kelapa sawit.

“Dah dekat sebulan kawasan kebun kelapa sawit digenangi air. Risau jika keadaan ni berlarutan akan jejaskan pendapatan.

“Keadaan kebun yang digenangi air terlalu lama juga dikhuatiri akan merosakkan tanaman bila struktur tanah jadi lembik,” katanya.

Malah ujarnya, pokok pisang yang ditanam di sekeliling rumah juga sudah mati akibat terendam terlalu lama di dalam air.

“Saya bersama penduduk kampung berharap dan merayu masalah ini diatasi segera supaya beban kami dapat dikurangkan.

“Dalam masa sama, kami sentiasa berdoa agar cuaca kembali cerah dan air termenung lekas surut,” katanya.
 
best mancing parit dalam kebun sawit kalo ban pecah atau air melimpah camni
 
semoga pihak berkuasa jalankan tugas dan bantu masyarakat tempatan

Pihak berkuasa pun ramai yang tengah termenung sekarang ni.
Dok tunggu hari kot kot SPRM datang ketuk pintu rumah.
 
Air dia jernih je, ni kalau zaman aku kecik2 dulu mmg heaven la. hari2 main air..
 
kt kebun sawit org kg ak dh btahun2 termenung. rugi gitu je xdpt nyawit

skg dh jd port ak casting ruan
 
Back
Top
Log in Register