BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seksa perogol hingga mati.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
New Delhi: Seorang bapa didakwa mempelawa lelaki yang merogol anak perempuannya untuk makan malam di rumah mereka sebelum menyeksanya hingga mati.

Lelaki berkenaan mengajak perogol berusia 45 tahun itu makan pada Jumaat lalu, sebelum mengikatnya pada kerusi dan membakar kemaluannya.

Si bapa yang berumur 36 tahun itu kemudian mencekik mangsa hingga mati dalam tindakan yang dilihat memang sengaja dirancang sejak anak perempuannya berusia 14 tahun diperkosa dua bulan lalu.

Kejadian berlaku di kawasan Khajuri Khas, timur laut Delhi.

Selepas membunuh perogol terbabit, si bapa pergi ke balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menceritakan secara terperinci bagaimana ia mendera mangsa.

Lelaki itu ditahan dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Menurutnya, dia bertindak membunuh perogol berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan siasatan polis berkait dengan kes anaknya. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/6430
 
undang2 manusia hanya berpihak kepada org yg kejam aje.
 
Boleh pulak perogol tu dtg makan kat rumah mangsa tanpa rasa ragu2 ek
 
cam crite phir bi dil hai hindustani yg mgu lps.tp perogol kene tembak smp mati.:))
 
Back
Top
Log in Register