BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah Satu Aliran - Apa pendapat anda??

capachou

Active Member
Messages
2,024
Joined
Feb 19, 2008
Messages
2,024
Reaction score
9
Points
25
Sumber: Utusan malaysia.

Sokong sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.

‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.

‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.

‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya.

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.
________________
Apa komen anda??? :-?
 
aku setuju...perpaduan pasti di capai.
 
Saya setuju sangat, benda ni dah lama dibawa oleh pemimpin UMNO. Harap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
 
MRSM pun kena cancel? menagrut jekk.. MRSM kan da ada kaum len..

saje je kaum len nak musnahkan mrsm...
 
Saya setuju sangat, benda ni dah lama dibawa oleh pemimpin UMNO. Harap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

hope camtu la..bia wujud perpaduan kat malaysia ni ye cik sukan..
peace no war.
 
sistem satu aliran penting untuk perpaduan kaum,tp amat susah untuk dilaksanakan...ramai pihak akan menentang...
 
kat msia je ni ada sekolah berbagai aliran...kat phillipine, indon, thai 1 aliran jer
 
Mana-mana aje le anak aku tentunya bersekolah kebangssan. Yang tak pastinya yang sokong MCA dengan MIC tu.
 
suatu yang murni tp sukar nk laksana
 
Back
Top
Log in Register