BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekadar Ingatan - Buat Semua

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,998
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81
Kenapa Umno kata agama lain politik lain?


Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib.

Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa?


Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain?

Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara.

Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Tok Guru Nik Abdul Aziz


Antara UMNO jaga MELAYU dan PAS jaga ISLAM...!!

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia.

Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada.

Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus.


Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga?

Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

TG Nik Aziz Nik Mat


Nasihat ini untuk kita semua.......
Bukan untuk lembu atau untuk haiwan.
Ceramah-ceramah di Masjid atau di surau juga untuk kita semua..... Juga bukan ditujukan pada Lembu, kambing ataupun haiwan.....
Tetapi untuk kita semua.
Justeru.. Mana yang terasa.........
Itu untuk peringatan dan pedoman supaya kita kembali ke jalan yang lurus lagi diredhoiNYA.

Yang penting... Bersihkan aqidah dahulu.
Jika aqidah tergelincir...
Solat tonggang tonggek pun tidak membawa apa-apa makna di sisi Allah. Aqidah itu adalah iktiqad atau pegangan kita...
Yang menentukan iman kita baik atau rosak.
Kalau rosak akar sesebuah pokok.. Maka buahnya pun turut akan rosak dikuti dengan dahan dan ranting dan kemudiannya daun akan kuning dan gugur.

Begitu juga dengan aqidah... Nampak baik sembahyang, mengaji al-qurannya...... Jadi guru al-quran lagi, sedekah dan sebagainya tetapi sayang....aqidahnya rosak.

Tuan puan......
Hidup ini penuh dengan tipu daya.... Bukan sahaja dari Jin, Iblis dan syaitan yang sentiasa memalingkan manusia dari jalan TUHANMU...
Tetapi juga dijadikan syaitan-syaitan dari kalangan manusia yang turut merosakkan iman seseorang itu.
Bahkan.......tipu daya dari Qarin dalam diri kita sendiri...
Yang lahir bersama-sama dengan kita semasa Allah mengeluarkan kita dari perut ibu kita. Saya berpesan untuk diri saya dan juga untuk diri tuan puan.

Wallahualam.


Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim
maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu,
sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.
Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)






JUAL LAH DUNIA ENGKAU DENGAN AKHIRAT ENGKAU, NANTI ENGKAU AKAN MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN BAGI KEDUANYA SERENTAK, DAN JANGANLAH ENGKAU MENJUAL AKHIRAT ENGKAU DENGAN DUNIA ENGKAU, KELAK DIA MERUGIKAN ENGKAU BAGI KEDUANYA SERENTAK.
 
umno selamanya bersikap sombong
dgn menentang kebenaran..
 
Memperjuangkan Kebangsaan tu menyebabkan sesuatu bangsa itu pupus dan boleh menyebabkan kemunduran..... sebab tu Allah larang memperjuangkan kebangsaan. :(:(:(
 
Panduan kita alquran dan alhadis.Bukan jadikan yahudi sebagai penasihat dan panduan.Ape pon tak boleh
 
Peringatan yg sgt baik...
 
Back
Top
Log in Register