BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejukkan Dengan Wuduk

akkula

Active+ Member
Messages
2,689
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
“Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.”

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.




kopi&pes
 
372514-372514.jpg


Pernah tak tengah stres gila, dada berombak tahan marah, tapi lepas ambil air sembahyang (wuduk) je terus rasa 'sejuk' hati?

Tuan-tuan dan puan-puan, rasa tenang tu bukan perasaan semata-mata. Itu adalah tindak balas fisiologi badan yang sangat pantas!

Rupanya, wuduk adalah cara paling efektif untuk tekan 'suis tenang' dalam badan kita yang dipanggil VAGUS NERVE.

Apa benda Vagus Nerve ni?

Dia ni saraf paling panjang, 'ketua' kepada sistem "Rest and Digest" (Sistem Parasimpatetik). Kerja dia lawan balik sistem stres (Fight or Flight). Bila dia aktif, jantung jadi perlahan, nafas jadi tenang.

Macam mana wuduk aktifkan suis ni?

1️⃣ The 'Diving Reflex' (Basuhan Muka)
Bila air sejuk kena kat kawasan mata, dahi, dan hidung, otak ingat kita tengah menyelam. Badan automatik aktifkan 'Diving Reflex'. Jantung terus jadi slow serta-merta. Ini 'reset button' paling laju!

2️⃣ Titik Nadi & Saraf (Tangan & Kaki)
Kawasan pergelangan tangan dan kaki penuh dengan reseptor suhu. Air dingin kat sini hantar signal "Rileks, semua okay" terus ke otak, menurunkan hormon stres (kortisol).

3️⃣ Fokus & Nafas (Mindfulness)
Pergerakan wuduk yang tertib dan perlahan tu sebenarnya memaksa kita mengatur nafas. Nafas teratur = Vagus nerve gembira.

Patutlah Nabi SAW pesan kalau marah, pergi ambil wuduk. Rupanya ada sains yang mendalam di sebalik air yang mengalir tu.

Wuduk bukan sekadar ritual bersih fizikal. Ia adalah "biohack" untuk 'reset' sistem saraf kita dalam beberapa saat.

#PublicHealthMalaysia #VagusNerve #Wuduk #SainsDanIslam #KesihatanMental #StressRelief
 
Back
Top
Log in Register