BTC USD 83,638.9 Gold USD 4,184.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah ubat batuk Cap Ibu dan Anak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Selain ubat batuk, jenama Cap Ibu dan Anak juga mempunyai produk jenis gula-gula.

UBAT batuk Cap Ibu dan Anak, tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini kerana ia membantu melegakan batuk, ketidakselesaan atau kesakitan tekak.

Produk keluaran Nin Jiom Medicine Mfy (HK) Ltd, dari Hong Kong itu, merupakan ubat herba asli tradisional orang Cina, yang dipanggil sebagai Nin Jiom Pei Pa Koa, dalam Bahasa Cina, tetapi di Malaysia, jenama itu dikenali sebagai ubat batuk Cap Ibu dan Anak.

Formula ubat itu dibangunkan daripada preskripsi ditulis Dr Ip Tin-See, seorang doktor bagi keluarga diraja.

Ramuan yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu, menepati keperluan moden pada hari ini.

Sejarah ubat batuk itu bermula ketika zaman Dinasti Qing lagi, apabila seorang komander wilayah, dipanggil Yang Xiaolian meminta bantuan Dr Tin-See merawat ibunya, yang batuk berterusan selama beberapa bulan.

Doktor itu memberikan campuran herba semula jadi dan madu, yang akhirnya menyembuhkan ibu Xiaolian.

Kagum dengan hasilnya, ibu Xiaolian meminta anaknya menghasilkan ubat batuk secara meluas bagi membantu mengubati orang lain, yang mengalami penyakit sama.

Keluarga Xiaolian kemudian menubuhkan sebuah kilang di Beijing, bagi mengeluarkan ubat batuk dinamakan ‘Nin Jiom’ (ibu saya dalam ingatan) Pei Pa Koa (sirap lokuat).

Semasa Perang China-Jepun, keluarga Yang melarikan diri ke Hong Kong, sebelum berhijrah ke Brazil.

Namun kerana memerlukan wang untuk berhijrah, selain khuatir kehilangan formula ubat batuk tersebut, keluarga Yang menjual perniagaan mereka, kepada pengamal perubatan Cina tempatan, Tse Siu-Bong.

Siu-Bong kemudian menghasilkan sirap batuk di kedai perubatan Cina dan membuka syarikat Nin Jiom Medicine Manufacturing (HK) Ltd, diperbadankan pada 1962, beribu pejabat di Hong Kong, serta menubuhkan kilang pengeluaran di Taiwan dan Singapura.

Pada lewat 1970-an, rangkaian pengedaran produk jenama itu diperluaskan lagi ke Asia Tenggara.

Kini, syarikat itu telah membina satu rangkaian jualan global yang merangkumi lebih 20 negara.

Selain ubat batuk, jenama Cap Ibu dan Anak turut mempunyai rangkaian produk 'candy' (gula-gula) dalam tiga perisa pilihan, iaitu original, super mint dan tangerine-lemon.


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ramuan-100-tahun-dipercayai-ramai-1.571585
 
Iklan dia memang legend..

"kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batukkkk..uhuk..uhuk.."

Lalu dia pergi mendapatkan ubaaaat...uhuk..uhuk.."
 
Iklan dia memang legend..

"kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batukkkk..uhuk..uhuk.."

Lalu dia pergi mendapatkan ubaaaat...uhuk..uhuk.."

Rupanya wayang kulit tu kisah betul
 
Masa citer Maero Attack selalu kuar iklan uabt batuk ni hehe
 
myk cap kapak, ubat batuk, dan ubat cirit birit (poh chai)... ubat legenda cina yg wajib ada bekas ubat arwah nenek aku... ubat moden lain dier "say no" ...
 
entah. ak klo kena batuk xjalan ubat2 batuk ni. xtau nape. kdg biar je baik sdri or makan aiskrim vanila. kurang sikit.

habiskn sebotol tu pun xbaik2. tu yg klo kena malas nak mbazir beli ubat batuk. baik beli aiskrim
 
Back
Top
Log in Register