BTC USD 84,004.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah & salasilah ringkas wali songo

Ba Alawi..

Wali Songo memang sudah diiktiraf oleh banyak pihak
terutama badan yang mengumpul nasab
bahawa mereka itu dari keturunan Rasulullah SAW

bukan tujuan TokCu membuat penulisan ini
untuk mengagungkan mana2 pihak
tetapi cuma sekadar kita mengenali
siapahkah pendakwah yang menyebarkan agama Islam
terutama di Nusantara ...

yang keduanya supaya
fitnah berkenaan Wali Songo
akibat daripada ketaksuban masyarakat Jawa terdahulu
dan penyelewengan sejarah barat
dapat dirungkaikan ...
 
Wali Songo memang sudah diiktiraf oleh banyak pihak
terutama badan yang mengumpul nasab
bahawa mereka itu dari keturunan Rasulullah SAW

bukan tujuan TokCu membuat penulisan ini
untuk mengagungkan mana2 pihak
tetapi cuma sekadar kita mengenali
siapahkah pendakwah yang menyebarkan agama Islam
terutama di Nusantara ...

yang keduanya supaya
fitnah berkenaan Wali Songo
akibat daripada ketaksuban masyarakat Jawa terdahulu
dan penyelewengan sejarah barat
dapat dirungkaikan ...

semoga TokCu panjang umur dan boleh menulis berkenaan para ulama Tanah Melayu..
 
ada yg kate wali songo nih berasal kelantan...? ermmm wallah huallam...

semasa peristiwa sejarah Wali Songo
negeri Kelantan dan Patani langsung tidak disentuh ...

ahli sejarah cuma menyatakan
Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) dalam misi ke Jawa
untuk mengislamkan Raja Majapahit itu
bahawa beliaulah yang mengetuai rombongan
yang turut disertai saudara sepupunya Raja Chermin ...

dan Raja Chermin itu dinyatakan namanya sebagai
Maulana Saddiq Muhammad serta bapanya yang ketika itu adalah Raja Chermin

Raja Chermin yang dimaksudkan ialah
Sultan Baqi Syah bin Sultan Mahmud (1362 - 1418)
dan Sultan Maulana Saddiq Muhammad bin Sultan Baqi Syah (1418 - 1429)

....Sayyid Jamaluddin al-Hussein berkahwin dengan Puteri Linang Cahaya
yang merupakan adinda Sultan Mahmud, Raja Chermin (1339 - 1362) ...

daripada perkahwinan Sayyid Jamaluddin al-Hussein dan Puteri Linang Cahaya
lahirlah Sayyid Barakat Zainul Alam dan Siti Aisyah ...
dari Sayyid Barakat Zainul Alam lahirlah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik

Isteri ketiga Sayyid Jamaluddin al-Hussein ialah Puteri Selindung Bulan
puteri Sultan Baqi Syah bin Sultan Mahmud, Raja Chermin
lahir pula Sayyid Ali Nurul Alam ...
Isteri kedua Sayyid Jamaluddin al-Hussein yang melahirkan Maulana Ishak dan Sunan Ampel, mempunyai darah campuran Raja Champa dan Raja Chermin ...
Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin ... masih lagi mempunyai pertalian darah dengan Raja Chermin ...

negeri Chermin ialah Kelantan Tua dan Patani, iaitulah pecahan daripada kejatuhan Empayar Langkasuka ...


inilah yang menunjukkan persaudaraan di antara Wali Songo di Indonesia dan golongan ulama di Malaysia ...
 
ini kira ilustrasi je ke

gambar-wali-songo.jpg

asal guggel pasal wali songo
akan keluar gambar sebegini ...

ianya hanyalah ilustrasi artis sahaja
walaupun terdapat dakwaan bahawa inilah
rupa paras wali songo sebenarnya ...

manusia yang telah hidup antara 500 - 600 tahun lepas ...
melainkan ketaksuban semata2 yang boleh membawa kepada
pemujaan

lihatlah hari ini di jawa ...
kuburan para wali itu dipuja dengan bermacam cara

begitu juga dengan sadara mereka di pulau besar melaka
sungguh sedih melihat pemujaan terhadap makhluk sebegitu sekali
 
wali songo (Sunan Gresik) babad jawa ...

A) Karena di Tanah Jawa Pengaruh Hindu dari Kerajaan Majapahit sangat kuat waktu itu, timbul niat dari Sayyid Jumadil Qubro ( berasal dari Samarkhan dekat Bukhoro ( lahir 1349M ) ) niat Jumadil Qubro dengan Sultan Muhammad I (Raja Turki) untuk melakukan kegiatan da’wah islam di pulau jawa maka lahirlah WALISONGO periode I berangkat dari Turki ke Pulau Jawa Th. 1404M anggota : 1. Maulana Malik Ibrahim dari Turki , wafat di gresik jatim Th. 1419M, 2. Maulana Ishak yang putra dari Jumadil Qubro , asal Samarkhan wafat di Jombang di jalan Garuda Dusun Tambakberas. 3. Maulana Jumadil Qubro dari Samarkhan, wafat di troloyo mojokerto 1465M ......

B) maulana Malik Ibrahim dari Maghribi ... lalu meninggal di Gresik ...




wali songo (Sunan Gresik) versi barat ...

Maulana Malik Ibrahim seorang Arab, adalah putera Sayyid Jamadil Kubra, sepupu Raja Chermin, berasal dari tanah seberang ... berangkat dari negeri Chermin sekitar tahun 1397 Masehi ...




sebenarnya ...

Maulana Malik Ibrahim adalah dari negeri Chermin, lahir di Kerisik (dalam Patani)
beliau adalah cucu Sayyid Hussein Jamadil Kubro
iaitu putera kepada Sayyid Barakat Zainul Alam ...
dan masih mempunyai hubungan kerabat dengan Raja Chermin
 
wali songo ni '9 peringkat' . yg mana setiap 1 gelombang disertai oleh 9 wali besar, bila meninggal seorang, akan diganti seorang. berlaku selama 9 gelombang. 9 orang
 
wali songo ni '9 peringkat' . yg mana setiap 1 gelombang disertai oleh 9 wali besar, bila meninggal seorang, akan diganti seorang. berlaku selama 9 gelombang. 9 orang

itulah versi babad jawa ...
ada kemungkinan itu benar
dan yang paling masyhur
dalam 9 gelombang wali itu ialah
seperti yang diterang secara ringkas
dalam perbincangan ini

tetapi ada juga yang menafikannya
dengan katanya hanya 9 wali songo
yang peringkat kewalian besar
dan hidup dalam masa yang berbeza ...

apa pun itu tidaklah penting untuk dibincangkan
yang harus kita tahu ialah bahawa
siapakah mereka dan apa peranan mereka
dalam dakwah penyebaran Islam di Indonesia
 
itulah versi babad jawa ...
ada kemungkinan itu benar
dan yang paling masyhur
dalam 9 gelombang wali itu ialah
seperti yang diterang secara ringkas
dalam perbincangan ini

tetapi ada juga yang menafikannya
dengan katanya hanya 9 wali songo
yang peringkat kewalian besar
dan hidup dalam masa yang berbeza ...

apa pun itu tidaklah penting untuk dibincangkan
yang harus kita tahu ialah bahawa
siapakah mereka dan apa peranan mereka
dalam dakwah penyebaran Islam di Indonesia

ye betul tn. fuuh.. tanah jawa sampai 9 wali nk 'bersihkan' dan upgrade islam sana. :)
 
ye betul tn. fuuh.. tanah jawa sampai 9 wali nk 'bersihkan' dan upgrade islam sana. :)

itulah anugerah dari Allah SWT kepada mereka
masakan seluruh tanah jawah yang ketika itu
menjadi pusat penyebaran agama buddha dan hindu
dapat dimasuki oleh mereka serta mengislamkan mereka
tanpa ada pembunuhan kecuali sedikit perang dengan golongan bangsawan yang engkar perjanjian ...

sebab itulah gah dan sanjungan tinggi
terhadap wali songo oleh masyarakat indonesia

tetapi malangnya ada yang sampai tahap pemujaan
 
Back
Top
Log in Register