BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah & salasilah ringkas wali songo

pada peringkat awal
dalam memecahkan kebuntuan mengenal
siapakah wali songo yang sebenarnya
terdapat kekeliruan di antara
Sayyid Ibrahim al-Akbar (Ibrahim Asmaro) dan
Maulana Malik Ibrahim

seringkali mereka tersalah rujuk sebagai
orang yang sama iaitu Sunan Gresik

berikut adalah perbezaan:


Sayyid Ibrahim al-Akbar (Ibrahim Asmaro) bin Sayyid Jamaluddin al-Hussein
beliau ialah bapa saudara Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik)
lahir di Champa (selatan Vietnam sekarang) ...
tempat terakhir berdakwah di Tuban, Jawa Timur
meninggal dunia tahun 1424 Masehi
dimakamkan di Nggesik, Tuban, Jawa Timur
dan digelar SUNAN NGGESIK



Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) bin Sayyid Barakat Zainul Alam
anak saudara Sayyid Ibrahim al-Akbar
lahir di Kerisik, Patani Darul Salam
tempat terakhir berdakwah di Gresik, Jawa Timur
meninggal dunia tahun 1419 Masehi
dimakamkan di Gapura Wetan, Jawa Timur
digelar sebagai SUNAN GRESIK
 
semasa peristiwa sejarah Wali Songo
negeri Kelantan dan Patani langsung tidak disentuh ...

ahli sejarah cuma menyatakan
Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) dalam misi ke Jawa
untuk mengislamkan Raja Majapahit itu
bahawa beliaulah yang mengetuai rombongan
yang turut disertai saudara sepupunya Raja Chermin ...

dan Raja Chermin itu dinyatakan namanya sebagai
Maulana Saddiq Muhammad serta bapanya yang ketika itu adalah Raja Chermin

Raja Chermin yang dimaksudkan ialah
Sultan Baqi Syah bin Sultan Mahmud (1362 - 1418)
dan Sultan Maulana Saddiq Muhammad bin Sultan Baqi Syah (1418 - 1429)

....Sayyid Jamaluddin al-Hussein berkahwin dengan Puteri Linang Cahaya
yang merupakan adinda Sultan Mahmud, Raja Chermin (1339 - 1362) ...

daripada perkahwinan Sayyid Jamaluddin al-Hussein dan Puteri Linang Cahaya
lahirlah Sayyid Barakat Zainul Alam dan Siti Aisyah ...
dari Sayyid Barakat Zainul Alam lahirlah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik

Isteri ketiga Sayyid Jamaluddin al-Hussein ialah Puteri Selindung Bulan
puteri Sultan Baqi Syah bin Sultan Mahmud, Raja Chermin
lahir pula Sayyid Ali Nurul Alam ...
Isteri kedua Sayyid Jamaluddin al-Hussein yang melahirkan Maulana Ishak dan Sunan Ampel, mempunyai darah campuran Raja Champa dan Raja Chermin ...
Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin ... masih lagi mempunyai pertalian darah dengan Raja Chermin ...

negeri Chermin ialah Kelantan Tua dan Patani, iaitulah pecahan daripada kejatuhan Empayar Langkasuka ...


inilah yang menunjukkan persaudaraan di antara Wali Songo di Indonesia dan golongan ulama di Malaysia ...

Hehheh oooo... tqvm cikgu...:)cgrock:)cgrock
 
Hehheh oooo... tqvm cikgu...:)cgrock:)cgrock

Alhamdulillah ...
semoga generasi muda hari ini
mengenal sejarah sebenar

dan bukan sekadar sejarah
yang menceritakan
Islam bermula di zaman kesultanan melaka
dan apabila melaka jatuh ke tangan portugis
seolah2 Islam turut sama tenggelam dlm kejatuhan tersebut
 
Suka btol TT dgn Wali Songho ni ye...:)paid
Tbaik TT,antara plg lengkap pernah aku jumpa..nnti aku baca dlu...
pepun nice sharing :)cgrock
 
Alhamdulillah ...
semoga generasi muda hari ini
mengenal sejarah sebenar

dan bukan sekadar sejarah
yang menceritakan
Islam bermula di zaman kesultanan melaka
dan apabila melaka jatuh ke tangan portugis
seolah2 Islam turut sama tenggelam dlm kejatuhan tersebut

Bgus juga klu mcm tu...:-?
tp yg gmbr2 tu cuma lakaran pelukis je kan TT...:-?
yg wat aku xsuka dgn Wali2 Songho ni pasal rmi org dlu2 letak gmbr dorg dlm bilik khas siap ada kemenyan la bgai...mcm dipuja2 plak...#:-S
 
sejarah syeikh siti jenar ada tak TT?
dikatakan dia ni wali yg ke sepuluh...
 
tanah jawa smpi sembilan wali..

tanah melayu pulak bagai mana?
 
Suka btol TT dgn Wali Songho ni ye...:)paid
Tbaik TT,antara plg lengkap pernah aku jumpa..nnti aku baca dlu...
pepun nice sharing :)cgrock

nak kata suka sangat tu takde la kot
mungkin sejarah mereka yang menyebarkan dakwah Islam tu
yang menarik minat TokCu

selain tu ..
wali songo adalah antara satu kajian paling mencabar
kerana kisahnya bersimpang siur dengan benyak dakwaan
termasuk dongengan, mitos dan pemujaan

dan paling banyak buat cross check dgn banyak pihak ...
 
sejarah syeikh siti jenar ada tak TT?
dikatakan dia ni wali yg ke sepuluh...

syeikh siti jenar pun ada kaitan sejarahnya dengan wali songo
tapi dalam thread ni eloklah dijelaskan dahulu sejarah wali songo
yang bertujuan untuk mengelakkan salah faham masyarakat terhadap mereka

sebab dah nampak macam aliran sejarah wali songo
dah nak jadi macam sejarah hang tuah ...
hilang identiti sejarah

p/s: cuma sedikit mengenai beliau
syeikh siti jenar ni ada dakwaan dari rumpun keluarga wali songo juga
dan dakwaan beliau itu dari keturunan cacing tu
boleh masuk akal tak:D
 
tanah jawa smpi sembilan wali..

tanah melayu pulak bagai mana?

wali sembilan ni asalnya dari tanah melayu juga ...
cuma di jawa mereka digelar dengan sunan2

kat tanah melayu pun tidak kurang juga bilangan walinya
sebab tiada gelaran maka sebab itulah kurang pengetahuan mengenainya ...
 
Back
Top
Log in Register