Aq googling td.. ada 4 org nabi yg ditunda kewafatannya... 2 dibumi di suatu dimensi yg berbeza dan 2 di langit.. nabi khidir dan nabi ilyas di bumi ..manakala nabi isa dan nabi idris di angkat ke langit
Nabi ilyas a.s.
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang
untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?”tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.”Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dantakut menghadapi maut?”
tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi
berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah,”
jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan
nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan
permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada
Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai
akhir nanti.”Kata Allah.