BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Patani

Kalu jtm ade mesti da kena korek cite mcmni...
 
bagus thread ni.. aku suke baca sjarah. ada video plak. lbh mudah pemahaman aku.. kasi bookmark dulu !
 
makna nya masa tu Terengganu dah di bawah kekuasaan Siam

terengganu sebelum kejatuhan patani adalah di bawah pemerintahan patani yang kemudian diwakilkan kepada johor ...

perlantikan tun zainal abidin sebagai yang dipertuan terengganu oleh raja patani pada kira2 1700-an, sebagai wakil raja patani memerintah terengganu

sebab itulah setelah kejatuhan patani, maka semua negeri di bawah naungan patani diwajib menghantar bunga emas kepada siam ... termasuk kelantan dan 7 lagi negeri di patani ...
 
legasi ulama Pattani sentiasa ada di Terengganu nmpk nya TokCu

terengganu dan patani adalah bersaudara ...
buktinya banyak penempatan di terengganu dibuka oleh orang patani
kerana pada masa terengganu hanyala berpusat di kuala berang
manakala kawasan lain masih lagi belantara
setelah wujud penempatan baru, barulah terengganu berkembang ke kuala terengganu

seperkara lagi ialah
semasa penabalan tun zainal abidin sebagai yang dipertuan terengganu oleh tokku pulau manis
raja patani turut menganugerah 80 orang pengiring atau pembesar
sebagai sokongan kepada tun zainal abidin

bukan sahaja kawasan kuala terengganu, setiu dan besut yang dibuka oleh masyarakat patani
bahkan kemaman turut dibuka oleh Lebai Saras seorang ulamak dari patani juga pada kira2 tahun 1700-an ...
masjid kampung tuan di kemaman adalah legasi kedua masyarakat patani yang tiba pada kira tahun 1830-an ...

pejuang tersohor terengganu, haji abdul rahman limbong juga adalah berdarah patani sebelah bapanya ...
 
Back
Top
Log in Register