BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Patani

memang betul tu
dulu kan Islam memerintah 2/3 dunia
so nusantara ni sebahagian dari kerajaan Turki Uthmaniah
dan Pattani pon termasuk skali

disaat negeri2 arab semakin lemah pengaruh islam
patani dan asia tenggara terus bangkit dalam penyebaran dakwah
keadaan inilah yang menggusarkan barat dan melakukan apa saja cara
supaya patani dapat dilemahkan dan umat islam akan diracun dengan demokrasi ...
 
Ada sesiapa tahu, mana plak datang kisah Sultan Kelantan bagi tanah jajahan kepada Raja Siam sebab kalah sabung ayam? Macam x betul je cerita ni.. :-?

sepanjang pembacaan TokCu tentang langkasuka
tiada satu pun yang menyentuh kisah berkenaan
mungkin edisi dari empayar benua siam pasai ma kot:D
 
Kalau x silap cikgu kat sekolah dulu bagitau..itu la x ingat dari mana dah datang.

itu kisah sabung ayam long ghaffar dan bugis dengan mencagarkan besut ...

selain itu tiada kisah yang cagar mana temapt kepada siam ...
 
elok la fokus kan dulu pada sejarah yg berkait ngan patani

elok benar tu
jika ada persoalan tentang patani
bolehlah dihujahkan kat sini ...:)cgrock
 
terengganu sebelum kejatuhan patani adalah di bawah pemerintahan patani yang kemudian diwakilkan kepada johor ...

perlantikan tun zainal abidin sebagai yang dipertuan terengganu oleh raja patani pada kira2 1700-an, sebagai wakil raja patani memerintah terengganu

sebab itulah setelah kejatuhan patani, maka semua negeri di bawah naungan patani diwajib menghantar bunga emas kepada siam ... termasuk kelantan dan 7 lagi negeri di patani ...

Adakah mksd TokCu Trg sblm tu tiada sultan yg memerintah
 
terengganu dan patani adalah bersaudara ...
buktinya banyak penempatan di terengganu dibuka oleh orang patani
kerana pada masa terengganu hanyala berpusat di kuala berang
manakala kawasan lain masih lagi belantara
setelah wujud penempatan baru, barulah terengganu berkembang ke kuala terengganu

seperkara lagi ialah
semasa penabalan tun zainal abidin sebagai yang dipertuan terengganu oleh tokku pulau manis
raja patani turut menganugerah 80 orang pengiring atau pembesar
sebagai sokongan kepada tun zainal abidin

bukan sahaja kawasan kuala terengganu, setiu dan besut yang dibuka oleh masyarakat patani
bahkan kemaman turut dibuka oleh Lebai Saras seorang ulamak dari patani juga pada kira2 tahun 1700-an ...
masjid kampung tuan di kemaman adalah legasi kedua masyarakat patani yang tiba pada kira tahun 1830-an ...

pejuang tersohor terengganu, haji abdul rahman limbong juga adalah berdarah patani sebelah bapanya ...

Besar benar pengaruh Pattani di Trg ni sbb byk penempatan baru di buka mereka
kalo x silap kat batu bersurat ad menyatakan bahawa Trg pd ms tu sudah ada kerajaan Islam yg memerintah
 
disaat negeri2 arab semakin lemah pengaruh islam
patani dan asia tenggara terus bangkit dalam penyebaran dakwah
keadaan inilah yang menggusarkan barat dan melakukan apa saja cara
supaya patani dapat dilemahkan dan umat islam akan diracun dengan demokrasi ...

Jadi skrg ni misi barat utk lemahkan Pattani sudah berjaya sbb kerajaan Pattani sudah tiada lagi
 
Adakah mksd TokCu Trg sblm tu tiada sultan yg memerintah

sejarah yang panjang ...

semasa pemerintahan langkasuka
telah terdapat kerajaan yang memerinath di kuala brang
dalam catatan china ... maaflah TokCu dah lupa nama dalam tulisan cina

semasa keagungan empayar melaka
patani diperintah oleh wakil sultan melaka
iaitu putera2 bendahara melaka

semasa melaka mengalami masalah politik dalaman
raja2 terengganu di bawah pengaruh chermin (kelantan-patani)

setelah kejatuhan melaka
terengganu diwakilkan kepada putera bendahara johor
dan di bawah pengaruh patani

setelah pertalntikan tun zainal abidin
terengganu masih di bawah naungan patani

sebab itulah terengganu masih dikira sebahagian patani
dan dikenakan ufti kepada siam
setelah kejatuhan patani
 
Besar benar pengaruh Pattani di Trg ni sbb byk penempatan baru di buka mereka
kalo x silap kat batu bersurat ad menyatakan bahawa Trg pd ms tu sudah ada kerajaan Islam yg memerintah

setakat ini tiada bukti terhadap siapakah yang yang memerintah terengganu di zaman batu bersurat tu ...

tetapi jika mengikut tarikh dan batu bersurat di palembang
terdapat kemungkinan besar kerajaan sriwijaya dahulu lagi telah menerima Islam ... mungkin pada skala tertentu sahaja
jika dilihat daripada penghijrahan raja2 melayu keturunan dari segenting kra
mereka telah menerima agama Islam dan berundur ke palembang
salah seorang bernama Raja Zainuddin/Aminuddin yang nama asalnya Raja Sakranta ...
tahun pengunduran ke palembang itu di akhir abad ke-13 .. seiring dengan tarikh batu bersurat ...
masalah pentafsiran catatan terhadap sejarah terhalang disebabkan oleh politik dan kenegerian ciptaan penjajah
indonesia tetap dengan pendirian bahawa sriwijaya bermula dari wilayah mereka dan malaysia pula tidak serius dalam pengkajian sejarah lama ...
 
Back
Top
Log in Register