BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Patani

nai cha tung, seorang siam asal ligor ... bukan penasihat patani
tetapi salah seorang yang dipercayai kerana telah banyak bakti
bagaimana pun, keyakinan dan ketakutan terhadap sukhothai
menyebabkan dia menjadi pembelot

penasihat kepada sultan Muhammad raja patani itu adalah golongan ulama2 masyhur patani ...

Banyak Tok tahu. :)cgrock
 
haah.. yg aku tau kat kg tualang, manir ramai kaum kerabat asal keturunan pattani.. ada pembesar yg di bg jolokan nama 'tok pattani' yg mendapat tanah di kg tualang tu..

kesahihan cerita tak dapat dipastikan sebab aku dengar masa kecik lagi dari arwah moyang..

ye ke dok boh
deme tahu duane tu
piye toknyang deme
 
Quote:
Originally Posted by ebumah
hok ambe mushkil.. bila dengar orang pattani cakap
dia punya 'kechek mcm kelate tapi lorat/tune dia mcm tranung'
... ke telinga aku sorang je dengo mcm tu,, ha2


loghat patani hampir sama dengan kelantan

loghat terengganu dah jauh sangat berbeda ...

oo..telinga den terkhilaf la yee:)
 
jika mengikut dari bacaan TokCu
terengganu sendiri adalah sebahagian daripada patani

terengganu telah diwakilkan kepada pemerintahan johor
apabila ratu kuning patani berkahwin dengan putera johor
peristiwa ini berlaku sekitar awal 1600-an.

jika kita lihat dalam peta lama patani
dan nama2 kampung dan kawasan di terengganu
banyak nama yang sama antara keduanya ...

sebagai contoh...

Chabang Tiga, dahulunya terdapat seorang bernama Raja Tepok
sebagai pemerintah di sana di zaman Sultan Ahmad dan Sultan Umar ..
baginda dikatakan berasal dari patani dan mendapat anugerah dari sultan terengganu untuk tadbir kawasan tersebut
Chabang Tiga kemudian diserahkan oleh Raja Tepok kepada Tokku Tuan Besar sebagai pemerintah
turut diserahkan ialah istananya sekali kerana baginda tidak mempunyai pewaris lelaki ...

begitu juga dengan nama Manir, Kuala Bekah, Penarik, Mangkuk dan banyak lagi ...

sejarah kemaman juga menunjukkan terdapat seorang syeikh dari patani yang membuka beberapa tempat di kemaman, umpamanya geliga, mat lagam, binjai dan lain2 lagi ..

dan boleh dikatakan terengganu dan patani memang tidak dapat dipisahkan
kecuali terputusnya sumber sejarah serta susur galur keturunan keluarga ...

mksd TokCu nama tmpt kat Trg di ambil dari nama kat Pattani atau sebalik nya
 
mksd TokCu nama tmpt kat Trg di ambil dari nama kat Pattani atau sebalik nya

tiada rekod atau bukti untuk ditunjukkan
tetapi berdasarkan kepada kejadian sejarah
nama2 tempat di terengganu dinamakan oleh orang patani yang berhijrah ke terengganu

sebaga contoh:

orang chabang tiga berhijrah dan berkampung di terengganu
maka orang dari kampung lain akan sebuat orang chabang tiga yang merujuk kepada penghijrah dari patani tersebut ....

penghijrahan besar2an masyarakat patani
dalam tahun 1808 semasa Dato' Pengkalan Raja Patani dibunuh siam

antara yang berhijrah ke terengganu ialah rombongan Tok Syeikh Bukit Bayas (Syeikh Wan Abdul kadir) dan Tok Syeikh Duyong dll ....
 
Back
Top
Log in Register