BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Patani

betul ke fakta yang dibold merahkan itu ...:-?

Memang betul..

Mengikut bacaan saya kalau tak silap Kerajaan Siam masa pemerintahan Ayutthaya dulu mulanya OK sebab ada ahli sejarah mengatakan Kerajaan Siam Ayutthaya dulunya Islam.

Kemudian askar Burma menyerang Ayutthaya. Kerajaan Ayutthaya dapat menahan beberapa siri serangan sebelum kalah dan dikuasai Burma. Ada yang kata Ayutthaya kalah sebab orang Thai berkomplot dengan Burma.

Orang Siam dan orang Thai ni bangsa berbeza. Siam ni dikatakan rumpun bangsa Melayu yang tinggal di Selatan Thai.

Selepas beberapa lama Burma menguasai selatan Thai, orang Thai berjaya mengusir penguasa Burma dan ambil alih kuasa. Selepas dikuasai kerajaan Siam(Thai) baru Kerajaan Islam Patani cuba membebaskan diri dari pengaruh kuasa kerajaan Siam(yang dikuasai orang Thai) tapi tidak berjaya dan Patani diserang kerajaan Siam.

Sampailah satu masa British mengiktiraf Wilayah Patani sebagai jajahan negara Thailand seperti sekarang.

Ini serba sedikit dari bacaam saya. Untuk lebih tepat bacalah blog Srikandi atau sejarah negara Kedah. :)
 
Info baru ni
x heran kalo ad yg keturunan pattani ada d terengganu akibat dr kejadian tersebut

haah.. yg aku tau kat kg tualang, manir ramai kaum kerabat asal keturunan pattani.. ada pembesar yg di bg jolokan nama 'tok pattani' yg mendapat tanah di kg tualang tu..

kesahihan cerita tak dapat dipastikan sebab aku dengar masa kecik lagi dari arwah moyang..
 
hok ambe mushkil.. bila dengar orang pattani cakap
dia punya 'kechek mcm kelate tapi lorat/tune dia mcm tranung'
... ke telinga aku sorang je dengo mcm tu,, ha2
 
Info baru ni
x heran kalo ad yg keturunan pattani ada d terengganu akibat dr kejadian tersebut

jika mengikut dari bacaan TokCu
terengganu sendiri adalah sebahagian daripada patani

terengganu telah diwakilkan kepada pemerintahan johor
apabila ratu kuning patani berkahwin dengan putera johor
peristiwa ini berlaku sekitar awal 1600-an.

jika kita lihat dalam peta lama patani
dan nama2 kampung dan kawasan di terengganu
banyak nama yang sama antara keduanya ...

sebagai contoh...

Chabang Tiga, dahulunya terdapat seorang bernama Raja Tepok
sebagai pemerintah di sana di zaman Sultan Ahmad dan Sultan Umar ..
baginda dikatakan berasal dari patani dan mendapat anugerah dari sultan terengganu untuk tadbir kawasan tersebut
Chabang Tiga kemudian diserahkan oleh Raja Tepok kepada Tokku Tuan Besar sebagai pemerintah
turut diserahkan ialah istananya sekali kerana baginda tidak mempunyai pewaris lelaki ...

begitu juga dengan nama Manir, Kuala Bekah, Penarik, Mangkuk dan banyak lagi ...

sejarah kemaman juga menunjukkan terdapat seorang syeikh dari patani yang membuka beberapa tempat di kemaman, umpamanya geliga, mat lagam, binjai dan lain2 lagi ..

dan boleh dikatakan terengganu dan patani memang tidak dapat dipisahkan
kecuali terputusnya sumber sejarah serta susur galur keturunan keluarga ...
 
sbb kejatuhan pattani adalah kerana mengambil penasihat yg bukan islam salah satunya puncanya dn menjadi pembelot. didalm filme langkasuka, bagaimana penasihat tersebut membelot ada ditunjukkan. dgn adanya pembelot ini, kedudukan meriam2 patani dikenalpasti musuh kedudukan dgn senang.
 
Back
Top
Log in Register