BTC USD 83,395.3 Gold USD 4,176.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

fms

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,204
Joined
Feb 10, 2007
Messages
21,204
Reaction score
480
Points
141
MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

1957.gif


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
jgn lupa kisah ni:


UMNO berbohong hal MERDEKA
________________________________________
JANGAN BOHONG HAL MERDEKA

Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - Pa Kaf Mim Ba Ro = PEKEMBAR ! PEKEMBAR telah terkubur!!!

Tulisan asal dari sape ntah, tercicir pulak nama!!!


"UMNO dia TIDAK HENDAK MERDEKA masa itu. "HIDUP MELAYU!!!" slogan dia, kita "MERDEKA!!!"......."

http://www.youtube.com/watch?v=6HQ52W46WREPetikan temubual dengan Yahya Nassim bercakap tentang peristiwa sejarah yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO yang pertama di Dewan Bandaran Ipoh, Perak pada 29 dan 30 Jun 1946.


tokjanggut1.jpg


AskarMuslimdiTembak.jpg

Askar2 muslim Melayu & dari India di hukum tembak oleh British...

ERTI KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM .

Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata
Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama
Rustum:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور
الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami
(orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada
mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah,
daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan
dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Kalau ada masa boleh klik tengok sini 10 Tahun Sebelum Merdeka, short documentary ~ 35 mins
 
jgn lupa kisah ni:

ini adalah perjuangan awal utk menuntut kemerdekaan..
perjuangan Komunis lebih radikal disebabkan ingin menjadikan Malaysia negara Komunis yg mane, telah ditentang hebat oleh negara British..kita pon tau British ade sekutu kuat US..US ni mmg anti Komunis..sbb tu parti Komunis diharamkan di negara ini dan kita pon selamat laa..hahaha..klu x, kita xleh kaya laa pasal pemerintah je leh kaya, rakyat kene kasi harta kat kerajaan..itulah stail komunisme/sosialis..
 
ini adalah perjuangan awal utk menuntut kemerdekaan..
perjuangan Komunis lebih radikal disebabkan ingin menjadikan Malaysia negara Komunis yg mane, telah ditentang hebat oleh negara British..kita pon tau British ade sekutu kuat US..US ni mmg anti Komunis..sbb tu parti Komunis diharamkan di negara ini dan kita pon selamat laa..hahaha..klu x, kita xleh kaya laa pasal pemerintah je leh kaya, rakyat kene kasi harta kat kerajaan..itulah stail komunisme/sosialis..

sapa kata baca ni:


JANGAN JADI ******* MACAM UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION

1 - british memberuikan kuasa kepada united malay natiopnal organisation
pada 31 - ogos 1957

2 - rumah pasong bukit kepong diserang pada 23 februari 1950

3 - mata- mata dapat 'diraja' pada tahun 1958

4 - jadi polis diraja persekutuan pada tahun 1963

5 - ketika rumah pasong bukit kepong diserang ketua polis bernama
SIR ARTHUE E.YOUNG - ini bukan nama melayu




jangan jadi *******
mana ada sangkut paut pdrm
mana ada sankut paut dengan diraja

janganlah bodioh kan orang melayu
orang melayu dah ramai *****
ini kita sama *****kan lagi

cerahkan pemikiran orang melayu
jagan di bonsaikan fikrah melayu
jadikan melayui bijak berfikir

bila melayu bijak berfikir
melayu akan tendang gerombolan
kah kah kah


Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis..

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia. - dari wikipedia


ANGKAT SENJATA LAWAN PENJAJAH




BUKIT KEPONG: SERANGAN TERHADAP BRITISH – harakah daily

Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.

Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British.

"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.

"Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.

Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British.

"Penentang yang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicop kiri atau komunis." jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu yang diputarbelitkan oleh media perdana khususnya akhbar Umno, Utusan Malaysia sehingga menjadi kontroversi



Rujukan: http://tukartiub.blogspot.com/2011/09/mat-indera-angkat-senjata-berjuang.html

dan baca ni jugak:


Sumber Berita Harian- 13 December 2010

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

sapa kata nak jadi ken mesia ni negara komunis??? british ke ataupon komunis tu sendiri???
 
kita kene tahu matlamat parti komunis tu ditubuhkan..

sudah tentu utk menjadikan negara yg diperintah mengikut ideologi mereka iaitu Komunisme/Sosialis..biasanye parti buruh pon ade kaitan ngan ideologi Sosialis iaitu hak sama rata antara rakyat x kira sape yg usaha lebih..ini bercanggah ngan demokrasi/pasaran bebas yg diamalkan US/British..

walau PKM salah satu parti yg memperjuangkan kemerdekaan, jika mereka menang, kita akan sengsara..kita patut bersyukur menjadi negara demokrasi dan bukan komunis..British bersalah kerana menjajah tetapi kita beruntung British amalkan demokrasi dan bukan komunisme..
 
kita kene tahu matlamat parti komunis tu ditubuhkan..

sudah tentu utk menjadikan negara yg diperintah mengikut ideologi mereka iaitu Komunisme/Sosialis..biasanye parti buruh pon ade kaitan ngan ideologi Sosialis iaitu hak sama rata antara rakyat x kira sape yg usaha lebih..ini bercanggah ngan demokrasi/pasaran bebas yg diamalkan US/British..

walau PKM salah satu parti yg memperjuangkan kemerdekaan, jika mereka menang, kita akan sengsara..kita patut bersyukur menjadi negara demokrasi dan bukan komunis..British bersalah kerana menjajah tetapi kita beruntung British amalkan demokrasi dan bukan komunisme..

kahkahkah

beruntung???

mana ada untung...dah penjajah tu ikut mana2 pon TAK PERNAH UNTUNG...

jgn sebab nak MENANGKAN si BARUA BRITISH ni sorang...ko kata kite untung...sebab yg paling untung adalah SIAM...x dijajah oleh mana2 kuasa dunia...

mcm kawan kita ni cakap laa:


1.melayu keje dengan jepun= talibarut jepun
2.melayu keje dengan british= pejuang kemerdekaan......:eek::eek::eek:
:eek:

sejahat jahat JEPON tawan korea, china dan negara2 asia yg lain...depa x de pon suruh ikut perudangan, perlembagaan, masukkan kaum2 asing kedalam negara jajahan dan buat perjanjian angkut kekayaan negara jajahannye ke jepon...tapi british???

semua tu dia buatnye...dia balun cukup2 hasil bumi negara sampai kering naik kapal korek pon dia x angkut sekali bawak balik ke london...ko pulak anggap tungku sebagai hero...cuba tungku terima syarat mcm nabi terima agar x menyebarkan agama Islam di bumi mekah...x payah byk cakap laa...mesti ko kata tungku tu talibarut kafir mekah punya laa...kahkahkah
 
aku tetap bersyukur kita adalah negara demokrasi berpelembagaan dari jadi negara komunis..xkan korang xtau mcm mane mundurnyerr negara Komunis tu..

China walau negara komunis, tapi telah tukar kpd kapitalis..cuma nama parti je komunis..sbb tu maju..mcm Cuba dan Korea Utara dan juga Jerman Timur (dulu), mane ade maju???

berkenaan Jepun, diorg jajah x lama..x sempat laa nak guna prinsip 'pecah dan perintah' utk jajah negara lain..dan, Jepun sama jerr mcm negara penjajah lain, curik hasil bumi negara lain sampai rakyat tu kebulur..

sejahat2 British, org Malaya x lapar..cuma x kaya..Jepun, kene makan ubi kayu shj..sama mcm Hong Kong..ramai yg kebulur selama 3 tahun dijajah oleh Jepun..
 
macam mane ade dua kisah sejarah merdeka.... heran2...
 
Back
Top
Log in Register