BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Jeans Levi's

carnationmyra

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,152
Joined
May 9, 2008
Messages
22,152
Reaction score
165
Points
123
Kasar dan tahan lasak

Oleh HADLEY FREEMAN


st_011.jpg


KETELITIAN merupakan salah satu aspek yang membezakan tahap ketahanan sesebuah jenama dalam dunia fesyen.
Poket belakang pada jean Levi's yang dihiasi lengkungan bersilangdengan satu label kain ringkas yang merupakan identiti Levi's.

Perincian tersebut berukuran kira-kira 12 sentimeter dan 10sentimeter.

Levi's merupakan jenama denim asli. Pada tahun 1873, tukang jahit,Jacob Davis telah bekerjasama dengan Levi Strauss untuk mereka sepasangseluar panjang untuk seorang pemotong kayu. Rekaan itu asalnya cukupkuat untuk menampung perut si pemotong kayu yang kembung.
 
Last edited by a moderator:
st_012.jpg


Onda sebaliknya menafikan perkara ini sekeras-kerasnya. Katanya:"Kita sememangnya melindungi cap dagangan kita sepanjang prestasi kitayang baik sekitar tahun 1980-an. Adalah tidak benar jika hanya sekarangkita dituduh mula berbuat demikian. Tidak adil juga kes-kes inidikaitkan dengan prestasi jualan kita."

Baru-baru ini, The New York Times menyifatkan Levi's sebagai'peneraju dalam tuntutan mahkamah'. Berdasarkan laporan syarikatpenyelidikan Thomson West, Levi's dikatakan telah mengemukakan lebihbanyak saman dalam tempoh lima tahun lalu berbanding syarikatprolitigasi seperti Nike, Walt Disney dan General Motors.

Bagaimanapun, kebanyakan kes telah diselesaikan di luar mahkamah.Sekitar tahun 1970-an, Levi's telah memfailkan saman ke atas Wranglerkerana menggunakan tab merah pada poket belakang jean jenama itusebagaimana yang dilakukan oleh Levi's.

Industri denim telah berkembang sejak beberapa dekad lalu danperkembangannya adalah di luar jangkaan. Menurut laporan seorangpenganalisis pengguna, Mintel, jualan jean di Britain telah meningkatsebanyak 40 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.




Mintel juga meramalkan sebanyak 86 juta pasang jean laris di Britaintahun lalu bersamaan dengan kira-kira tiga pasang jean yang dijualdalam sesaat.

st_013.jpg


Calvin Klein memperkenalkan denim berkonsepkan jenama pereka sekitartahun 1978 manakala dua dekad kemudian, Helmut Lang pula meletakkanharga pereka pada rangkaian jenama jeannya.

Namun, ia bukan sehingga lewat 90-an apabila kemunculan jean jenamaEarl dari California telah mengubah sepenuhnya minat terhadap denim.
Jenama ini telah mengubah persepsi orang tentang jean yang kinibukan lagi pakaian untuk pekerja kasar tetapi fesyen berunsur seksiyang mendedahkan bentuk badan seseorang wanita.
"Seperti juga kasut, wanita kini memerlukan jean berlainan untukmajlis berbeza. Adakalanya anda memerlukan sepasang jean yang seksi,lain hari pula jean yang lebih merilekskan," kata pembeli pakaianwanita untuk Harvey Nichols, Suzanne Pendlebury.
 
Rekaan poket belakang identiti Levi’s

DENIM adalah satu perniagaan yang serius. Jualan jean berjenama olehHarvey Nichols di London mencatatkan jualan lebih daripada 700 pasangseminggu manakala Selfridges pula menjual lebih daripada 1,000 pasang.

Malah, jenama-jenama denim generasi baru seperti Citizenz ofHumanity, 7 for All Mankind, True Religion, Earnest Sewn dan 18thAmendment juga menunjukkan betapa seriusnya mereka terhadap perniagaanini.

Ia kini menjadi satu perniagaan yang serius kerana tiada satupekedai pun yang dihubungi oleh Guardian bersedia mengulas tentangkes-kes mahkamah terbaru yang melibatkan denim kerana bimbang akanmenyinggung perasaan pemain seindustri.
Namun, penekanan kini diberikan kepada ‘penjenamaan semula’ jean.Jean bukan lagi diklasifikasikan sebagai pakaian selekeh dan kolotserta memperlihatkan jenama klasik berharga sederhana seperti Levi’s,Lee dan Wrangler bergelut dalam pasaran baru.

Levi’s terpaksa bersaing antara jenama pereka yang lebih beranekadengan rangkaian jenama murah yang ditawarkan di pasar-pasar raya.

st_014.jpg


ean Baxter dari kedai Britain terkemuka, Topshop misalnya, berjaya menjual 18,000 pasang setiap minggu.
Semua lapisan pemain dalam pasaran ini telah memberi tumpuan kepadaimej fesyen denim yang baru ini. Jenama Lee dan Wrangler bagaimanapuntelah mengalami tahap jualan yang tidak pernah berubah.

Dua tahun lalu, Levi’s menamatkan kejatuhan jualannya sejak lapantahun lalu tetapi masih berusaha untuk bangkit daripada tempoh yangdisifatkan oleh Onda sebagai ‘kemerosotan mendadak’ sekitar penghujungtahun 1990-an.

Presiden Operasi Vf Corporation untuk Eropah dan Asia, Karl HeinzSalzburger yang memiliki jenama Lee dan Wrangler berkata:“Syarikat-syarikat denim yang besar dan bersejarah telahberhempas-pulas...Kami mempunyai imej jenama yang tersendiri danberusaha menghidupkan stor dengan keaslian dan sedikit unsur warisan.”

Namun, pengguna-pengguna denim kini lebih berminat bagaimanamencantikkan penampilan punggung mereka daripada melihat denim darisudut sejarah dan gaya ala cowboy.

Jean jenama Lee dan Levi’s telah memperkenalkan rangkaian jean yanglebih bergaya. Levi’s pula telah melantik Armin Broger yang pernahbekerja di 7 for All Mankind, iaitu salah satu label denim baru yangberjaya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Levi’s di Eropah.

Terdapat juga yang mempersoalkan sama ada jenama-jenama ini telahterlambat untuk mengubah persepsi umum terhadap jenama tersebut.

Selama ini pun, Levi’s tidak pernah menjadi jenama yang mementingkantrend. Ia lebih berminat mengekalkan status sejarahnya daripadabereksperimen dengan cubaan baru.

Mengapa prestasi syarikat tersebut menjunam secara mendadak padatahun 1996 ? Onda mengakui segalanya kerana kegagalan syarikat ituuntuk berubah mengikut pasaran denim yang menginginkan kemodenan,hip-hop dan penampilan lebih baggy.

“Kami sememangnya lambat mengambil peluang trend tersebut. Namun,selama ini pun, kami merupakan jenama rock ‘n’ roll dan bukannyahip-hop,” terangnya.

Hanya kerana nama pereka sekolah lama tidak lagi mendominasisesebuah pasaran tidak bermakna labelnya tidak sesuai dengan permintaanpasaran hari ini.

Rekaan poket belakang membawa identiti sesebuah jenama jean seperti juga logo pereka pada beg-beg galas.
Disebabkan itu, maka tidak hairanlah apabila Levi’s begitumengambil berat terhadap ketelitian rekaan eksklusifnya sebagaimanakeprihatinan Nike terhadap logonya.

“Sekiranya satu cap dagangan hilang identitinya, ini bermaknahilanglah nilai jenama itu dalam konteks pasaran,” kata Ondabersungguh-sungguh.

Apakah nilai identiti Levi’s pada hari ini?

Tidak diragukan bahawa Levi’s mempunyai pengaruh ke atas jenama-jenama denim yang telah berkembang sejak kebelakangan ini.

“Tidak mengejutkan jika jenama-jenama denim ini akan melihat kepadasyarikat jean pertama tetapi peniruan rekaan masih merupakan sesuatuyang telah berlaku sejak sekian lama,” tambahnya.

Ia ternyatanya benar untuk Levi’s kerana tiada seorang guru pun yang gembira apabila anak murid mereka menjangkauinya.
Syarikat Levi’s berulang menekankan bahawa mereka kini sedangberusaha meningkatkan tahap jualan denimnya. Taktik agresif jenama ituterhadap saingan jenama lain dilihat tidak menjamin keselamatansyarikat Levi’s.

Malah, Levi’s kini mengambil sekitar 40 orang penyiasat denim untukmenyemak di butik-butik dan pasar raya-pasar raya yang meniru capdagangan mereka.
 
Sy sarankan TT mengfokuskn artikel supaya padan dengan tajuk thread.
Terima Kasih.
 
Mula2 Bata.... Pastu Levi's.... apa lagi yang menyusul nanti?~X(~X(~X(~X(
 
asal usul...ok la tu...yg ad ku baca...:D
 
Back
Top
Log in Register