BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Sejarah Bas Mini

sapit87

Legendary Member
gem
Messages
10,327
Joined
Oct 4, 2012
Messages
10,327
Reaction score
1,121
Points
201
(1975) Sejarah Bas Mini mula beroperasi di pelbagai laluan sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang pada 23 September 1975. Bas Mini kebiasaannya dilengkapi dengan 20 hingga 30 tempat duduk dan tidak memiliki jadual perjalanan yang tetap. Bas-bas berkenaan dicat dengan warna asas merah jambu berserta jalur putih pada bahagian tepi. Tetapi, ada juga yang dicat warna lain seperti biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih, berpandukan laluan bas masing-masing.

Perkhidmatan Bas Mini dijalankan berasaskan komisen dan pengusaha perkhidmatan akan dibayar mengikut jumlah kutipan tambang. Siapa sangka, individu paling sibuk sebenarnya ialah 'konduktor' bas. Dengan papan tiket di tangan, konduktor akan bertanya "siapa belum bayar?" "turun mana?" Duit kecil juga kena disediakan siap-siap untuk naik Bas Mini. Bila nak turun tu, konduktor akan berkata "tunjuk tiket". Muka garang, tapi hati baik siapa tahu.

Tambang memang murah, ada yang semurah 50-60 sen sahaja, tapi padat macam sardin. Walaupun dah penuh, pemandu masih berhenti untuk mengambil penumpang. Bas Mini nombor 55 adalah antara nombor Bas Mini yang terkenal kerana melibatkan laluan Pantai Dalam, Brickfields, 'Bus Stand Klang', Kota Raya, Chow Kit serta Globe (ketika itu, Pasaraya Globe Silk Store). Bagaimanapun, perkhidmatan Bas Mini telah dihentikan pada 1 Julai 1998 kerana perkhidmatan bas henti-henti yang lebih moden dan selesa telah mendapat sambutan ramai penumpang.



6269216414984422054.jpg
6269216414984422058.jpg
6269216414984422057.jpg
6269216414984422056.jpg

6269216414984422060.jpg
 

Attachments

Bas Mini masa kat ITM Shah Alam, masuk lagi dalam lg..pdahal dah sesah dah. Pagi tahan la semua wangi..naik petang tgk...dah la tak berapa nak tinggi...bau asyemm.
 
Back
Top
Log in Register