TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Apakah itu jazirah arab,dan dibenua mana kah terletak nya jazirah arab ini.?
- Didalam dunia yang kita maklum telah ada beberapa benua yang wujud antara nya Benua Eropah,Benua Asia,Benua Afrika,Benua Australia,Benua Amerika dan Benua Artantika. Dan ada yang berpendapat benua amerika ini terbahagi kepada 2, Benua Amerika Utara dan Benua Selatan. Dan jazirah arab ini terletak diantara benua afrika dan benua asia, lebih tepat kawasan timur tengah yang dipanggil Asia Barat.
- Kenapa dia dipanggil JAZIRAH ARAB,jazirah ini membawa maksud KEPULAUAN atau dengan istilah lain ACHIPELAGO. Bila kita sebut kepulauan, yang kita tahu maklum Contoh seperti di Nusantara banyak pecahan Pulau-pulau sebab itu Nusantara dipanggil achipelago. Tapi kawasan kawasan jazirah arab ni bila kita lihat peta, yang banyak dikawasan nya dikelilingi oleh gurun pasir yg tandus. Dan dimanakah yang dimaksud kan kepulauan arab.?
- Bila kita tengok pada peta yang ada, kalau kita ambik ke arah barat terletak nya laut merah,ke arah timur ada satu teluk yang dipanggil Teluk Parsi (Persian Gulf). Didalam Teluk Parsi (Persian Gulf) ini ada 2 sungai yang iaitu Sungai Furad (Euphrates) dan Sungai Dajlah (Tigris). Dan dibawah kawasan Jazirah ini ada Lautan Hindi di kawasan atanya pula ada Gurun Sahara. Oleh kerana kawasan ini dikelilingi oleh laut merah,teluk parsi dan lautan hindi maka itulah ianya dipanggil Jazirah arab, Kepulauan arab atau Archipelago.
- Dan yang unik nya walaupun kawasan Jazirah Arab ini dipenuhi dan dikelilingi oleh padang pasir yang tandus,orang-orang yang tinggal dikawasan ini mereka masih punyai kebun anggur,tamar dan kebun-kebun yang subur. Jadi dimana kebun-kebun ini mendapat kan air yang secukupnya. Kerana dalam padang pasir ini sinonim dengan 2 benda iaitu Wadi dan Oasis. Wadi dan Oasis inilah yang jadi Sumber penting di Jazirah Arab ini. Sesiapa pun kaum atau kabilah yang mampu kuasai 2 benda ini maka tempat itu menjadi tumpuan semua manusia.
- Berapakah keluasan Tanah Jazirah Arab ini.? Mengikut perkiraab sejarawan tentang Tanah Jazirah Arab ini. Ada yang mengira mengikut Batu,Ada yang pakai Farsakh dan ada yang guna Kilometer. Kalau kiraan batu - 1,100,00 persegi, kalau Farsakh - 126,00 dan kalau kilometer 3,156,558 Kilometer persegi. Farsakh ini kalau ikut istilah arab 1 farsakh = 8 kilometer,1/3 keluasan Tanah Arab ini adalah padang pasir. Selain dari dipenuhi padang pasir
Kawasannya jugak dipenuhi dengan bongkahan batu,bukit dan gunung.
#Unknwn
Sumber