Sejarah Hajar Aswad

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,796
Reaction score
11,941
Points
2,376
FB_IMG_1604555969966.jpg

Hajar Aswad

Setelah itu maka firman Allaha Taa’laya “Mana Hajaro Al Asawada حجر الاسود?”. Maka Hajaro Al Asawada (Hajar Al Aswad) pun datang maka firman Allaha Taa’laya “Pergilah engkau serta dengan Adam ke bumi dan suratkan olehmu segala janjiku dan janji Adam dan anak cucunya”. Maka Hajar Al Aswad pun turun ke dunia maka di suratkanlah oleh segala anak cucu Adam yang akan isi syurga dan sipolan-sipolan anak sipolan namanya dan sekian ada banyaknya.

Setelah sudah suratnya maka firman Allaha Taa’laya “Masukkanlah surat itu ke dalam mulutmu” maka di masukkan malaikat itulah surat itu dalam mulutnya. Maka firman Allaha “Jadilah engkau batu” maka jadilah ia batu yang amat putih maka tatkala hari kiamat Hajar Al Aswad itu dijadikan Allaha Taa’laya malaikat pula dan ialah yang berkata “Ini yang akan isi syurga dan ialah ini yang akan isi neraka dengan firman Allaha Taa’laya”.

Maka tatkala zaman nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama dan akan Hajar Al Aswad itu di taruhkan Allaha Taa’laya pada diwala Masjid Bayata Al Maa’mawaro بيت المعمور. Maka tatkala akan dunia di binasakan Allaha Taa’laya kaum Nuh dengan taufan maka di angkatkan Allaha Taa’laya Bayata Al Maa’mawaro itu ke langit dan Hajar Al Aswad itu di suruhkan Allaha Taa’laya kepada nabi Allaha Nuh menaruhkan dia pada bukit Jabal Al Rahman.

Maka tatkala nabi Allaha Ibrahim di titahkan Allaha Taa’laya berbuat Kaa’bata Allaha dengan nabi Allaha Ismail maka di suruhkan Allaha Taa’laya ambil Hajar Al Aswad itu daripada Jabal Al Rahman maka di suruh lekapkan ke penjuru dinding Kaa’bata Allaha pihak kanan pintu masuk ke dalamnya.

Sa-nya itulah yang di kucupi oleh segala orang yang naik haji dan di lekapkan mereka itu matanya kepadanya serta dengan tangis mereka itu kerana ia akan jadi saksi mereka itu pada hari kiamat seperti firman Allaha Taa’laya Wa Aza Akhoza Allaha Mayatsaaqo Al Nabayayana Lamaa Atayata Kama Mana Kataaba Wa Hakamata Tsama Jaa Kama Rosawala Mashodaqo Lamaa Maa’kama Latawamanana Wa Latanashoro Naha, Qoala Aaqororo Tama Wa Akhozatama A’laya Zalakama Ashoroya Qoalawaa Aqororonaa Qoala Fa Ashahadawa Awa Anaa Maa’kama Mana Al Shaahadayana.

Yakni tatkala Allaha Taa’laya pada meneguhkan janjinya dengan segala nabinya dan tatkala di sampaikan segala rasul daripada titahku dan hikmatku. Sungguhnya telah datanglah kepada kamu rasul kami dengan sebenarnya yang menyatakan segala yang bernama nabi lagi rasul kepada sekelian nabi. Adapun akan nabi Mahamada محمد Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu nabi lagi rasul.

Maka firman Allaha menceritakan segala nabi dan rasul bahawa lagi akan datang kemudian daripada kamu mahkota segala nabi dan penghulu segala nabi dan kesudahan segala nabi yang membenar kamu rasul pada hari kiamat. Tatkala di bantahi segala umat kamu dan ialah lagi akan di turunkan Qoroana قران yang adalah itu segala kitab Allaha iaitu yang lagi di datangkan Allaha Taa’laya kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoalawaa Aqororonaa Qoala Fa Ashahadawaa Wa Anaa Maa’kama Mana Al Shahadayana.

Yakni tatkala segala nabi mendengar firman Allaha Taa’laya itu maka berkata mereka itu sekelian pada menyungguhkan nabi kita Mahamada itu nabi lagi rasul daripada tuhan seru alam sekelian. Maka firman Allaha Taa’laya kepada segala nabi dan rasulnya Bahawa kami sekelian nabi maka naik saksilah kami akan segala rasul Allaha yang lagi akan datang itu.

Bahawasanya nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama tahu akan anaknya nabi Syiths itu jadi nabi akan gantinya. Dan nabi Syiths pun tahu akan Idris jadi nabi dan Idris pun tahu akan nabi Nuh jadi nabi. Dan Nuh pun tahu akan Hud jadi nabi dan Hud pun tahu akan Sholeh jadi nabi.

Dan Sholeh pun tahu akan Ibrahim jadi nabi dan Ibrahim pun tahu akan anaknya Ismail dan Asahaqo (Ishak) jadi nabi. Dan Ismail dan Ishak pun tahu akan anaknya Yaakob jadi nabi dan Yaakob pun tahu akan anaknya Yusuf) jadi nabi. Dan Yusuf tahu akan Musa jadi nabi dan Musa pun tahu akan saudaranya Harun jadi nabi dan Harun pun tahu akan Daud jadi nabi.

Dan Daud pun tahu akan Sulaiman jadi nabi dan Sulaiman pun tahu akan Zakaria jadi nabi. Dan Zakaria pun tahu akan Yahya jadi nabi dan Yahya pun tahu akan A’yasaya (Isa) jadi nabi. Dan Isa pun tahu akan Yunus jadi nabi dan Yunus pun tahu akan Ayub jadi nabi. Dan Ayub tahu akan Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jadi nabi lagi rasul ialah yang kesudahan segala nabi.

Sebermula akan segala nabi yang dahulu itu telah di ketahuinyalah akan segala rasul Allaha yang lagi akan datang seperti segala nabi dan rasul Allaha yang tahu akan segala rasul Allaha yang dahulu daripadanya.

Bahawasanya bersabda nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan banyak segala nabi dan segala rasul itu dua laksa empat ribu tiga ratus tiga belas orang (24,313) dan adalah datang Jibril dalamnya itu tiga ratus tiga belas (313) orang jua yakni turun Jibril membawa firman kepada mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Laqoda Arosalanaa Rosalaa Mana Qobalaka Mana Hama Mana Qoshoshonaa A’layaka Wa Mana Hama Mana Lama Naqoshosho A’layaka.

Yakni telah aku ceritakan padamu ya Mahamada محمد dalam Qoroana قران dan setengah di hikayat segala nabi yang dahulu daripadamu dan beberapa lagi banyak segala nabi dan kelakuan mereka itu tiada kami ceritakan padamu maka mengucap syukurlah engkau akan tuhanmu.

Kemudian dari itu telah di dengar Adam A’layaha Al Salama firman Allaha Taa’laya kepada malaikat Hajar Al Aswad itu. Maka amat dukacitalah hati nabi Allaha Adam oleh kerana banyak segala anak cucunya masuk ke dalam neraka dan sedikit jua yang masuk syurga. Maka firman Allaha Taa’laya akan Adam “Hai Adam, pergilah engkau ke Serindib di sanalah tempatmu diam dengan isterimu Hawa” maka berjalanlah nabi Allaha Adam dan Hawa ke Serindib.

Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa قصص الانبيا

Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي

Mahamada Al Mahadaya
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,432
Reaction score
1,882
Points
201
Batu simbolik dari situ kita keluar
Pangkal ar raheem
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,438
Reaction score
501
Points
171
Aku cukup X suka org dok gasak2 nak g kat batu Tu.. Dari situ leh nampak bertapa santun nya org melayu ni
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,686
Reaction score
550
Points
121
Aku cukup X suka org dok gasak2 nak g kat batu Tu.. Dari situ leh nampak bertapa santun nya org melayu ni
Well said! Jenis jemaah dari afrika terutamanya, selain dari arab.
Jemaah belah malaysia dengan indon ni mungkin terpaksa mengalah disebabkan saiz.
Nampak sangat dalam hal beribadat pun muslim tak boleh nak bertolak ansur sesama jemaah, apatah lagi bab lain kehidupan.
Mujur kat situ tak ada manusia kapir, kalau tidak bikin malu.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,796
Reaction score
11,941
Points
2,376
Aku cukup X suka org dok gasak2 nak g kat batu Tu.. Dari situ leh nampak bertapa santun nya org melayu ni
Ada peluang tu boleh la sentuh
Nak berebut tak dah
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,438
Reaction score
501
Points
171
Ada peluang tu boleh la sentuh
Nak berebut tak dah
Paling senang nak dapat Lepas subuh. .Tu pun ko kena rebu saf depan la...Lepas polis kaabah Tu bagi Lepas kerabat2 Saudi gan imam masjidil haram keluar kena cepat2 lari kat situ...tp ko kena kuat sikit la kalau X kena tolak gitu je la
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,438
Reaction score
501
Points
171
Well said! Jenis jemaah dari afrika terutamanya, selain dari arab.
Jemaah belah malaysia dengan indon ni mungkin terpaksa mengalah disebabkan saiz.
Nampak sangat dalam hal beribadat pun muslim tak boleh nak bertolak ansur sesama jemaah, apatah lagi bab lain kehidupan.
Mujur kat situ tak ada manusia kapir, kalau tidak bikin malu.
Xleh nafas tgh2 gasak2 Tu...nak tak nak gan kita2 kena tolak diorang gak.. Tu belum lagi yg Jenis nagis2 terjerit2 kat Batu tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,796
Reaction score
11,941
Points
2,376
Paling senang nak dapat Lepas subuh. .Tu pun ko kena rebu saf depan la...Lepas polis kaabah Tu bagi Lepas kerabat2 Saudi gan imam masjidil haram keluar kena cepat2 lari kat situ...tp ko kena kuat sikit la kalau X kena tolak gitu je la
Maksud nya tetap kena berebut jugak la kan
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,432
Reaction score
1,882
Points
201
Dulu aje kene berebut2

Ustaz don ajar tips


musim covid mana bole cium lagi
Jgn cari penyakit
 
Sponsored Post
Top
Log in Register