Pak Wan
Super Active Member
- Messages
- 5,757
- Joined
- Jul 9, 2008
- Messages
- 5,757
- Reaction score
- 408
- Points
- 81
sgt menarik bg yg tak kenai Cina Tiada Kerja
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


PENGANYAM TIDAK SETUJU LAGI DENGAN HUKUMAN GANTUNG
34. Pihak Ketua Pengarah Penjara telah memberitahu kepada saya bahawa kita kekurangan tali gantung. Baki tali hanya 5 dan itu hanya boleh dipakai kalau ada kes kecemasan. Saya tanya sebabnya tidak dibeli tali tambahan supaya cukup untuk dihabiskan urusan menggantung sekitar lebih 30 orang yang rayuan pengampunannya sudah ditolak. Dalam pertemuan saya dengan penyulam tali gantung di Hay-on-Wye, di sempada England dan Wales, dan berdekatan dengan Kampung Buku yang pertama di dunia, beliau telah menyatakan tentangannya terhadap hukuman gantung, kerana ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini. Bila saya melawat Penjara Pudu, sekembali dari Britain, mencari tali, saya bertemu lagi dengan Botak Chin. Dia tanya ‘ bila mahu gantung aku?’ Saya beritahu ‘sabarlah, belum ada tali.’ Botak Chin cadangkan penjara pakai wayar untuk menggantungnya. Bila saya jelaskan bahawa tali gantung yang dicari ialah yang disalut dengan baldu supaya tidak kesakitan bila lehernya terjerut, Botak Chin tanya ‘mana lu tahu sakit kah tak sakit kah… yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’ Selepas dialog inilah pihak penjara telah menukar tali gantung dari yang bersalut baldu dengan yang dianyam dari plastik yang dipakai sekarang.[/COLOR]
menarik bukan fakta itu?
sebab itu aku selalu terkenangkan kata-kata sasterawan agung Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, katanya, orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah!
Dikirim dalam Uncategorized
ada lg tak sambungannya? menarik cita ni