BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Botak Chin

sgt menarik bg yg tak kenai Cina Tiada Kerja
 
cerita kat tb si botak chin nie serang warden penjara guna pisau..

sempat gak dia hayun kena rusuk warden tu..

dia simpan pisau dalam tong taik sendiri..
 
PENGANYAM TIDAK SETUJU LAGI DENGAN HUKUMAN GANTUNG

34. Pihak Ketua Pengarah Penjara telah memberitahu kepada saya bahawa kita kekurangan tali gantung. Baki tali hanya 5 dan itu hanya boleh dipakai kalau ada kes kecemasan. Saya tanya sebabnya tidak dibeli tali tambahan supaya cukup untuk dihabiskan urusan menggantung sekitar lebih 30 orang yang rayuan pengampunannya sudah ditolak. Dalam pertemuan saya dengan penyulam tali gantung di Hay-on-Wye, di sempada England dan Wales, dan berdekatan dengan Kampung Buku yang pertama di dunia, beliau telah menyatakan tentangannya terhadap hukuman gantung, kerana ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini. Bila saya melawat Penjara Pudu, sekembali dari Britain, mencari tali, saya bertemu lagi dengan Botak Chin. Dia tanya ‘ bila mahu gantung aku?’ Saya beritahu ‘sabarlah, belum ada tali.’ Botak Chin cadangkan penjara pakai wayar untuk menggantungnya. Bila saya jelaskan bahawa tali gantung yang dicari ialah yang disalut dengan baldu supaya tidak kesakitan bila lehernya terjerut, Botak Chin tanya ‘mana lu tahu sakit kah tak sakit kah… yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’ Selepas dialog inilah pihak penjara telah menukar tali gantung dari yang bersalut baldu dengan yang dianyam dari plastik yang dipakai sekarang.[/COLOR]

menarik bukan fakta itu?

sebab itu aku selalu terkenangkan kata-kata sasterawan agung Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, katanya, orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah!

Dikirim dalam Uncategorized

Lawak punya fakta :eek:
 
cerita yg menarik... ilmu ni... thanks diberikan
 
ada lg tak sambungannya? menarik cita ni
 
yg aku pelik nama BOTAK CHIN tp dia tk prnh botak pun muehehehehehe
 
Back
Top
Log in Register