BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Awal Kedah

Kodiang merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan negeri Perlis iaitu Kampung Kubang Beruang di Kodiang dan Kampung Sena di Arau, Perlis. Sebahagian besar penduduknya merupakan petani. Bandar terdekat ialah bandar diraja Arau, Perlis jaraknya kira-kira 5 km.

Sejarah
Sebutan mengikut dialek tempatan: (kok diang). Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering. Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)

Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.

Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain, Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas. Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik dan air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air Tebu yang terkenal di Pekan Kodiang ialah Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis. Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan. Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.
 
panjangnya ... seronok membacanya walaupun aku bukan dari Kedah ...
 
baguih dok ada........syOk aku baca aiiihhh...tapi aku baca langkau langkau...heheheh.....

sikit tambahan (kalau dh ada sorry la ye)
tok det adalah dari keturunan Mahsuri dari sebelah ibunya.

p/s: tuan tanah..search kt google "nagara Kedah".....kt situ ada kajian cerita menarik lagi mengenai sejarah kedah yg terawal dimana Kubang Pasu adalah sebuah negeri......kampung aku tuuuuu.............. :D
 
kawasan kita lah ni....jerlun tok siak bukan jauh pon :D
 
salam,
aku nk tau betul ker jajahan negeri kedah nie
sampai kat ayuthia eh
betul ker ejaan aku nih
sesape leh jawab
nak tau pasal "perang bisik"
seape yg tau eh kongsi ckit
tq
 
Ada info yang menarik utk dikongsi bersama..
Info yang agak berlainan dengan sejarah kontemporari yang kita belajar kat sekolah..

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Boleh baca, percaya atau tidak terpulang.. sekadar untuk renungan dan iktibar bersama...
 
baguih dok ada........syOk aku baca aiiihhh...tapi aku baca langkau langkau...heheheh.....

sikit tambahan (kalau dh ada sorry la ye)
tok det adalah dari keturunan Mahsuri dari sebelah ibunya.

p/s: tuan tanah..search kt google "nagara Kedah".....kt situ ada kajian cerita menarik lagi mengenai sejarah kedah yg terawal dimana Kubang Pasu adalah sebuah negeri......kampung aku tuuuuu.............. :D

sma la kita noh..aku pon oqang kubang pasu kt jitqa..:D
 
salam,
aku nk tau betul ker jajahan negeri kedah nie
sampai kat ayuthia eh
betul ker ejaan aku nih
sesape leh jawab
nak tau pasal "perang bisik"
seape yg tau eh kongsi ckit
tq

Sejarah yang telah dibumihanguskan oleh British, Thailand dan UMNO ....... nanti menyusul .. aku akan update kat sini .....
 
wahh sekolah aku termasuk dalam sejarah2 ni.. huhuhu bangga bangga :D
 
Bangga jadi rakyat negeri Kedah...tq TT info berguna..:)
 
Back
Top
Log in Register