BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Alam Semesta bukan dari Big Bang...

adoiii TT aku nk buka vid u-tube ni cukup aku malas...
sangkut2...
 
xder explanation bertulis ker?

biasa la....internet super power. laju jer..huhu
 
yup tu pendapat dia jer..
biasa la skt2 pencanggahan pendapat..
benda ni kena kaji lg..
 
sape ustaz azhar ni sbenanye. makin byk plak video2 die skang
 
penceramah ini perlu belajar banyak perkara

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? … (Surah Al-Anbiyaa’:30)


Teori sains menyatakan ia terjadi hasil dari big bang teori. apabila ia di kaitkan dgn teori maka ia adalah andaian.

tetapi andaian ini selain dengan catatan al-quran. apabila selari maka ia adalh betul.


Mari kita kaji ayat ini bersama:
• Perkataan langit bererti semua yang berada di angkasa.
• Kenyataan “langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum”, menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.
Akhirnya, kenyataan, “Kami pisahkan antara keduanya”, menunjukkan bahawa cakerawala ini telah berpecah menjadi serpihan-serpihan disebabkan oleh letupan tersebut.
Contoh ini membuktikan dua fakta penting:
• Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah,
• Maklumat yang diberikan Al-Quran adalah maklumat yang paling tepat. Kerana Allah, Pencipta seluruh alam ini, telah menurunkan Al-Quran, sudah tentu Dia mengetahui apa yang telah dijadikan-Nya.
‘Big Bang’ menghasilkan letupan yang berbilion kali ganda bom atom. Tetapi ‘Big Bang’ sebaliknya memberikan kesan berlainan dan membentuk sebuah dunia sempurna yang tersusun. Dunia yang kita kenali, yang telah direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan kita, wujud selepas letupan ini.
Bagaimana ‘Big Bang’ menghasilkan aturan yang begitu sempurna?
Allah mencipta cakerawala ini daripada tiada melalui letupan ‘Big Bang’. Jelaslah, Allah juga membuat aturan sempurna di dalam alam ini.
Sebarang jawapan selain daripada yang di atas adalah salah. Contohnya, menyatakan aturan ini wujud secara kebetulan selepas letupan adalah tidak logik. Biar kita buat satu persamaan untuk menjelaskannya dengan lebih baik:

Apa akan berlaku kepada pasir-pasir jika sebuah bom dilemparkan di pantai? Sudah tentu pasir-pasir ini akan berselerakan ke merata tempat, bukankah begitu? Bagaimana jika seseorang menyatakan sebuah istana pasir telah terbentuk disebabkan satu letupan di pantai? Kamu mungkin berpendapat dia gila atau berbohong. Begitu juga, mereka yang mendakwa bahawa aturan di alam ini terjadi dengan sendirinya, adalah gila.

Terdapat sejumlah perincian, contoh-contoh keseimbangan dan susunan sempurna di dalam alam gergasi ini, yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan sebuah istana pasir.
 
penerangan yg santai dari ustaz Azhar..tapi mengajak kita semua berfikir... :D
 
Back
Top
Log in Register