Assalamualaikum,
Saya telah bernazar untuk memberi sebilangan helai sejadah kepada sesiapa sahaja individu Muslim sehinggalah bilangan yang saya niatkan tersebut habis diagihkan. Oleh itu, individu yang berhasrat memilikinya bolehlah PM kepada saya nama, alamat lengkap dan no. telefon bagi urusan penghantaran. Sebelum itu beberapa perkara berikut diharap mendapat perhatian bersama ;
1. Ianya adalah sejadah biasa berharga sederhana. Tidak boleh dikembalikan sekiranya tuan puan tidak berkenan. Walau bagaimanapun tuan puan bebas memberikannya kepada sesiapa kerana ianya menjadi hak tuan puan sebaik sahaja menerimanya.
2. Hendaklah digunakan untuk tujuan ibadah.
3. Proses penghantaran bergantung kepada kesesuaian rezeki dan masa saya.. Kesabaran tuan puan sangat-sangat diharapkan.
4. Saya tidak berhasrat untuk dikenali secara peribadi oleh itu tuan puan tidak perlu menghubungi alamat atau no. telefon pengirim bungkusan. Takut tuan puan terkacau orang lain nanti.
Walaupun nazar saya hanya melibatkan bilangan yang agak terhad, saya tidaklah pula berhasrat menghadkannya kepada sejumlah individu. Pemberian saya yang selebihnya saya niatkan sebagai sedekah.
Sekian dahulu, terimakasih atas perhatian tuan puan. Wassalam.