BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Segera laksana larangan arak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Arak haram di sisi Islam dan terbukti memudaratkan kesihatan.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia didesak menyegerakan perlaksanaan undang-undang berkaitan larangan minuman keras seperti dilakukan Singapura yang telah memperkenalkan undang-undang melarang pengambilan alkohol di tempat awam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia perlu disegerakan terutama larangan penjualan arak di dalam kapal terbang dan penjualan secara terbuka di kedai-kedai runcit di negara ini.

“Ia harus dipandang serius kerajaan apabila Singapura yang hanya mempunyai 14 peratus rakyat berbangsa Melayu dan 14.9 peratus beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang seumpama itu.

“Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu kerana sememangnya negara ini memaktubkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam Perlembagaan dan mempunyai penduduk majoriti Melayu serta Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Khairuddin, menerusi undang-undang Singapura itu, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak pada waktu larangan di tempat awam akan dikenakan denda sebanyak SG$1,000 (Singapore Dollar) atau RM2,682.54.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/segera-laksana-larangan-arak-1.379413
 
toksah haramkan...nanti cina marah...
 
memalukan...nama aje negara islam tetapi penjualan arak berleluasa.
 
malu nyeeeee la

singapura da haramkan mcm2

Malaysia ????
 
mana boleh larang .. korang nak rakyat susah ke.. arak ,rokok cukai tinggi , kalau xde nanti rakyat kena tangung pendapatan negara GST naik 50% ... :)) , malaysia mana ada sumber nak tangung semuanya.. :))
 
kt mesia ni,klo bayo cukai jd halal la brg tu..haha
 
Back
Top
Log in Register