BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sedih dengar kawan-kawan dapat bayaran tak sepatutnya – Ellie Suriaty

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Sedih dengar kawan-kawan dapat bayaran tak sepatutnya – Ellie Suriaty​

WhatsApp-Image-2026-08-16-at-1.31.35-PM.jpeg

ELLIE kesal apabila masih terdapat syarikat produksi mengambil ringan isu bayaran terhadap pelakon veteran.

"Sedih dengar kawan-kawan dapat bayaran tak sepatutnya – Ellie Suriaty" PETALING JAYA – Isu yang masih tidak berkesudahan, aktres Ellie Suriaty kecewa apabila masih ada segelintir pelakon veteran ditawarkan bayaran rendah untuk membintangi drama atau filem.

Menurut Ellie, 56, berkata, bayaran seharusnya dibayar mengikut pengalaman dan hasil kerja yang diberikan bukannya berdasarkan umur seseorang pelakon.

“Saya sangat sedih bila mendengar kawan-kawan dapat bayaran untuk tawaran lakonan yang tak sepatutnya sebab semua pelakon itu berpuluh-puluh tahun membina nama dan melalui pelbagai zaman.

“Jadi, bila saya dengar orang lama dalam industri dapat tawaran yang sangat menjatuhkan moral diri dan bakat dimiliki, motivasi pun akan terjejas.

“Kemudian, anak seni pula kena berjuang untuk mendapatkan bayaran sewajarnya. Tak seronoklah begitu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bagi membendung isu ini daripada terus menular meski sudah bertahun-tahun diperdebatkan, Ellie meminta penerbit drama atau filem menilai semula jumlah bayaran yang ditawarkan kepada artis veteran.

“Selalunya orang lama ini buat kerja cepat saja, faham disiplin, mereka tak menyusahkan orang serta boleh ‘masuk’ dengan pelakon generasi lain.

“Kepada pengurus produksi, tolonglah semak latar belakang artis sebelum tawarkan kerja sebab mereka mungkin tidak tahu apa pencapaian dan hasil kerja yang sudah dihasilkan.

“Disebabkan tak buat semakan latar belakang, terjadilah tawaran yang merepek,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia bersyukur masih belum menerima sebarang tawaran lakonan denga harga rendah setakat ini.

“Untuk diri saya, Alhamdulillah, bayaran okey dan harap pelakon lain dapat seperti saya.

“Cuma bila dengar banyak cerita mengenai senior yang dapat bayaran murah, saya jadi tak gembira,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, beberapa pelakon seperti Ieda Moin dan Syanie menyuarakan nasib mereka apabila masih isu menerima bayaran rendah daripada produksi. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaaa Ellie, susah betul nak dapat bayaran setimpal eh? Harap-harap dapat la kawan2 di industri ni merasa kebahagiaan macam orang muda punya bayaran. Kadang ingat susah nak puaskan semua orang, dunia pun makin pelik kan? 🤷‍♀️

 
Back
Top
Log in Register